Page 136 - [2021]Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 136
SMK LKTP JENGKA 2
26430 BANDAR JENGKA,PAHANG Manual Pengurusan Sekolah 2021
3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
3.3.1 KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID
1. e -KEHADIRAN ( APDM )
• Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (Januari) tahun
semasa.
• Menandakan kehadiran murid pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 8.00 pagi.
• Murid yang hadir lewat dan murid yang mewakili sekolah dalam acara rasmi di luar sekolah dikira
hadir
• Sila pastikan catatan e-Kehadiran adalah tepat dalam APDM yang dikunci masuk sebelum jam 9.00
setiap pagi. Murid yang tidak hadir tanpa sebab, akan dikenakan tindakan disiplin pada hari beri-
kutnya
• Data kehadiran bulanan e– kehadiran mestilah dicetak pada setiap akhir bulan dan dimasukkan ke
dalam fail yang telah disediakan di bilik HEM.
2. MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (BWN)
• Murid “ Bukan Warga Negara “ ( BWN ) wajib membayar Yuran Sekolah sebanyak RM 35.50 dan
Yuran Warga Asing sebanyak RM240.00 bagi sekolah menengah setiap tahun sebelum didaftar se-
bagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap murid BWN juga
dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah.
• Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah – surat kebenaran sekolah bagi bukan warga
3. FAIL PERIBADI MURID
• Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.
• Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama fail.
Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
• Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan
Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PT3, SPM) disim-
pan dalam fail ini.
• Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Kesihatan .
• Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau
bertukar sekolah.
• Semua fail perlu disimpan dalam cabinet berlabel di Pejabat / bilik Bimbingan & Kaunseling
• Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi me-
maklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang
sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini.
• Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh PK HEM atau SU Rekod Pendaftaran dan Fail
Persononalia Pelajar mengikut Senarai Semak yang ditetapkan.
4. PENDAFTARAN MURID BARU
• Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM setelah dipastikan Status kewarganegaraan te-
lah dikenal pasti.
• PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang APDM) dilengkapkan oleh ibu
bapa/penjaga pada masa tu juga. Jika murid membawa bersama APDM dari sekolah asal, sila pasti-
kan maklumat adalah lengkap dan terkini.
136

