Page 137 - [2021]Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 137
SMK LKTP JENGKA 2
26430 BANDAR JENGKA,PAHANG Manual Pengurusan Sekolah 2021
• Guru Kelas akan kunci masuk data murid-murid baru dalam APDM. Bagi murid asal, guru-guru hanya
mengemaskini data APDM yang telah dibuat dan menyerahkan ‘hard copy’ kepada guru APDM /
guru data.
• Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa / bantu-
an dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan.
• Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan yang me-
merlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, OKU dll), serta melaporkan kepada PK HEM untuk
tindakan.
• PK HEM perlu mendapatkan dokumen berikut:
1. Laporan Disiplin,
2. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
3. Penilaian Kemahiran Amali (PEKA)
4. Folio Kemahiran Hidup
5. Penilaian Amali Fardu Ain (PAFA)
6. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
7. dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu jika tidak dibawa bersama semasa
mendaftar. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan
dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.
• PK HEM akan menyerahkan borang APDM kepada guru Kelas / Guru Data untuk pengisian butiran di
komputer.
5. MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
• PK HEM perlu memastikan permohonan pindah keluar mesti dibuat oleh waris murid dengan mengisi
borang Jadual Ketiga dengan lengkap
• PK HEM akan menyerah Senarai Semak Pindah Keluar kepada Guru Kelas untuk tindakan lanjut dan
perlu mencatatkan maklumat pindah dalam JKM kelas.
• Jika berpindah ke luar negeri Pahang, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah dipulangkan
diserahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut (permohonan hapus kira, bayaran,
bekalan baru dll). Maklumat bantuan yang diterima murid.
• Jika berpindah dalam negeri, PK HEM merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru
dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
• Semua fail yang berkaitan dengan murid termasuk fail sulit akan dihantar melalui pos ke sekolah baru
selewat-lewatnya dalam tempoh dua(2) minggu dari tarikh pindah.
• Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid:
1. Murid Tingkatan 4 yang diterima masuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Beras
rama Penuh dan ke mana-mana institusi pendidikan bukan di bawah KPM
dalam tahun semasa.,
2. Murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas yang tamat persekolahan tahun
semasa.,
3. Murid yang telah berhenti sekolah bukan pada perkara 1 dan 2 di atas den
gan kehendak waris setelah mencapai umur 17 dengan mengambil kira umur
pendidikan wajib dalam PPPM 2013 - 2025.
4. Bekas Murid Sekolah ini yang tidak tamat tempoh bersekolah untuk tujuan
mencari pekerjaan. Bagi kes sijil hilang dari simpanan, pihak sekolah akan
mengeluarkan salinan Sijil Berhenti Sekolah dan dikompaun sebanyak RM 10
jika permohonan menyertakan dokumen sokongan sebagai bukti bahawa
pemohon adalah bekas murid sekolah ini
6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
• Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:
1. Ketua Kelas
2. Penolong Ketua Kelas
3. Bendahari
4. AJK Kebersihan
5. AJK Kelas Abad 21
6. AJK Keselamatan
7. AJK SPBT
8. AJK NILAM
137

