Page 138 - [2021]Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 138
SMK LKTP JENGKA 2
26430 BANDAR JENGKA,PAHANG Manual Pengurusan Sekolah 2021
• Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:
1. Papan Kenyataan Kelas (hadapan) yang mempamerkan
i. Carta Organisasi Kelas
ii. Jadual Waktu
iii. Jadual Bertugas Kelas
iv. Visi, Misi dan Motto Sekolah
v. Tagline kelas
2.Pelan kedudukan kelas ditampal di atas meja Guru
3. Inventori Kelas ditampal pada pintu hadapan kelas
4. Papan kenyataan lain dipenuhkan dengan pameran hasil kerja murid semasa, maklumat
Mata Pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa. Sebarang bentuk media bermaklumat amat
digalakkan.
5. Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk
sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang
dikhaskan dan berlabel.
6. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan pada pintu hadapan
dan pintu belakang kelas.
7. Sudut NILAM hendaklah disediakan di tempat khas dan berlabel.
8. Penjuru kanan atas papan tulis mesti dicatatkan maklumat tarik, hari dan bilangan murid hadir.
9. Penjuru kiri atas dikhaskan untuk maklumat PdP; Objektif Pembelajaran (LO) dan Kriteria
Kejayaan (SC) iaitu piawai PdP Abad 21 (PAK21)
• Guru Kelas hendaklah memastikan;
1. Semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri
2. disusun mengikut susunan kelas Abad 21
. 3. Perabot yang telah rosak hendaklah dibawa keluar untuk disimpan dalam stor pelupusan
peralatan sekolah.
• Kebersihan dan Keceriaan kelas:
1. AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari
persekolahan.
2. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas
sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru
dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
3. AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja
murid dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
4. Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan
meja dalam keadaan kemas dan teratur.
5. Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum
meninggalkan kelas.
6. Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.
7. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang
atau rosak.
8. Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
i. Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya
dalkeadaan baik dan selamat digunakan.
ii. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
iii. Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.
138

