Page 6 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 6
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022-2023 PENGURUSAN & PENTADBIRAN
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah
bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencari kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
TERAS WAWASAN KE ARAH WAWASAN 2020
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan pendidikan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan
Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat
Berpegang teguh kepada ajaran agama
SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA -2- SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN

