Page 8 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 8

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022-2023                                PENGURUSAN & PENTADBIRAN

                                          SEJARAH SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA



                       SK Taman Pantai Sepang Putra telah ditubuhkan pada November 2002 dan mula beroperasi

                pada  1  Januari  2003.  Seramai  13  kakitangan  telah  dipertanggungjawabkan  untuk  mengendalikan
                sekolah  ini  iaitu  11  orang  guru  dan  seorang  kerani  bagi  menguruskan  urusan  pentadbiran  dan
                pengurusan sekolah.

                            Pentadbir  pertama  yang  bertanggungjawab  membangunkan  sekolah  ini  adalah  Tuan  Haji
                Mohamad Nasir bin Meskam yang bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum,
                Tuan Haji Mohamad Hilal bin Mad Noh memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

                Murid dan Encik Mohd Zaki bin Said sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum. Seramai lapan orang
                guru lain juga telah bersama-sama berpadu tenaga bagi merealisasikan sekolah ini iaitu : Pn Noripah bt
                Darusan,Pn Sri Suhana bt Silim, Pn Mariana bt Mukri, Pn Kilauwati bt Abdullah, Pn Khalijah bt Ibrahim,
                Cik Aznita bt Mohamed Akhyar, Pn Mazliah bt Misran dan Pn Jameah bt Yasin.

                       Bagi  melancar  dan  mengukuhkan  lagi  operasi  pengendalian  di  sekolah,  Tuan  Haji  Mohmad
                Nasir dengan kerjasama guru-guru telah membuka kedai buku sekolah untuk menyediakan kelengkapan

                untuk pengajaran dan pembelajaran seperti buku tulis, alat tulis dan sebagainya.


                       Misi, visi dan lagu sekolah telah dicipta sendiri oleh warga perintis sekolah ini secara eksklusif
                oleh Tuan Haji Nasir bin Meskam, Tuan Haji Mohd bin Mad Noh dan juga Encik Mohd Zaki bin Said.

                          Pada  April  2003,  Guru  Besar  pertama  telah  ditugaskan  bagi  menyempurnakan  lagi  struktur
                organisasi sekolah ini iaitu Tuan Haji Mohammad Noor bin Sanusi. Kemudahan yang telah tersedia pada

                ketika ini merangkumi kemudahan di dalam kelas seperti kerusi dan meja, papan hitam dan sebagainya
                dan juga sistem keselamatan yang dititikberatkan dengan adanya pengawal keselamatan yang bertugas

                setiap masa.

                       Pada awal pembukaannya, seramai 150 orang murid telah mendaftar dari Tahun Satu hingga
                Tahun Lima. Bilangan murid kemudiannya meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2004, dengan
                murid  seramai  250  orang,  kelas  tahun  enam  dan  kelas  Program  Pendidikan  Khas  Intergrasi    telah
                diwujudkan. Puan Latifah bt Nikmat adalah Penolong Kanan PPKI yang pertama.  Pada tahun 2009,
                murid sekolah ini pernah mencapai seramai 670 orang dengan kekuatan guru seramai 51 orang. Kini,

                pada tahun 2017, murid-murid SKTPSP adalah seramai 573 orang dengan guru seramai 55 orang dan
                kakitangan bukan guru seramai 8 orang.


                       Kemudahan prasarana semakin berkembang sejajar dengan percambahan penduduk yang kian
                bertambah dari semasa ke semasa. Pra-sekolah telah ditubuhkan pada 2005 dan seramai 25 orang
                murid telah mendaftar bagi memenuhi keperluan pendidikan awal kanak-kanak pada waktu itu. Pada
                tahun 2007 telah dibuka pra-sekolah yang kedua bagi menampung peningkatan murid yang mendaftar

                dengan jumlah 25 orang. Pada tahun 2010 telah diwujudkan kelas Pendidikan Khas untuk murid pra-
                sekolah bagi murid kurang upaya.


                       Pada tahun 2008, SKTPSP pernah dinobatkan sebagai Sekolah Bestari (Penanda Aras) Luar
                Bandar kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang ICT.
                 Guru Besar yang pernah bertugas di SKTPSP:

                    1. Tn Hj Muhammad Noor bin Sanusi             (2003-2011)
                    2. Puan Rokiah binti Yaacob                   (2012-2017)

                    3. Puan Yaw Surianie binti Asang              (2017 – 2019)
                    4. Encik HELLMY BIN YUSOF @ HJ IDRIS          (2019 – kini)




           SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA                      -4-                SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13