Page 9 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 9
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022-2023 PENGURUSAN & PENTADBIRAN
VISI SEKOLAH
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
Mewujudkan kecemerlangan secara berterusan dalam sahsiah, akademik dan ko kurikulum bagi melahirkan insan
terdidik yang berkualiti.
MISI SKTPSP
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Bersedia merancang, melaksana, menilai serta mempertingkatkan kualiti sahsiah, akademik dan ko kurikulum untuk
melahirkan insan yang seimbang, terpuji dan dihormati sejajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF SEKOLAH
Memantapkan aspek Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan
Pengurusan Ko kurikulum untuk menzahirkan identiti sekolah yang unik dan menyerlah dalam Semua Aspek
Pendidikan.
Mengamalkan tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang untuk melahirkan modal insan nasional
yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di peringkat tertinggi.
MATLAMAT
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
Melahirkan pelajar yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA -5- SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN

