Page 11 - EBOOK SRIH IHTIFAL 2016
P. 11
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH IHTIFAL
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.Selawat serta salam dipanjatkan buat rasul
junjungan Nabi Muhammad SAW. Ucapan jazakumullahu khairan kathira diucapakan kepada
barisan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah kerana memberi kepercayaan kepada saya dan
ahli jawatan kuasa yang dilantik untuk mengendalikan majlis ihtifal pada tahun ini .Jutaan
terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua warga kerja ihtifal yang bertungkus
lumus merancang, berusaha, dan melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin untuk
memastikan perjalanan ihitifal ini terlaksana seperti yang diharapkan.
Dengan membawa misi membangunkan sistem Pendidikan Islam yang syumul dan lestari,
pihak sekolah telah bersepakat menggariskan “Sahsiah Cemerlang, Ummah Gemilang”
sebagai tema ihtifal pada tahun ini. Tema ini sangat signifikan dengan usaha sekolah
menyemai dan menuai iwa- jiwa yang cemerlang secara seimbang. Pihak sekolah bukan
sahaja bertumpu kepada pembangunan akademik semata-mata malah pembangunan sahsiah
juga turut dicakna secara saksama.
Saya ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada anak-
anak yang berjaya mencapai standard kecemerlangan yang diinginkan. In shaa Allah, dengan
pencapaian cemerlang ini, sekolah kita akan terus gemilang di mata masyarakat. Bagi anak-
anak yang belum mencapai kejayaan yang diharapkan teruskanlah usaha serta doa yang
berterusan. Mudah-mudahan anak-anak turut sama berjaya dengan cemerlang sepertimana
rakan-rakan yang lain.
Akhir kata, marilah kita sama-sama mendoakan agar majlis ini berlansung dengan jayanya
dan menepati objektif yang telah digariskan.Semoga kecemerlangan sahsiah dan akademik
anak-anak hari ini akan menjadi pencetus kepada kegemilangan ummah pada masa hadapan.
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
USTAZAH AISYAH BINTI CHE MAT
PENGARAH IHTIFAL SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH KE-27
10

