Page 8 - EBOOK SRIH IHTIFAL 2016
P. 8
KATA-KATA ALUAN
PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA HIDAYAH
Assalamualaikum wbt.,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para pejuang kebenaran.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan rasa terima kasih kerana
diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis Ihtifal Sekolah rendah Islam Hidayah
Johor Bahru kali ke-27.
Saban tahun semua guru dan kakitangan SRIH akan berpadu tenaga mengadakan Hari
Ihtifal. Program ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meraikan kecemerlangan anak-anak
dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Tema ‘Sahsiah Cemerlang, Ummah Gemilang’
adalah selari dengan aspirasi sekolah untuk melahirkan insan cemerlang bukan sahaja dari sudut
akademik malah dalam aspek kecemerlangan akhlak juga. Ia juga bertepatan dengan konsep
kemenjadian murid ke arah soleh wa musleh yang menjadi impian ibu bapa, guru malahan
menjadi misi Pusat Pendidikan Hidayah serta IKRAM-MUSLEH sendiri.
Sekalung tahniah ditujukan khusus pada anak-anak yang berjaya mendapat anugerah dan
penghargaaan dalam majlis ini.Masih ada ruang dan peluang untuk anak-anak yang belum berjaya
untuk berusaha dengan lebih gigih dan teruskan doa kepada Allah SWT. Semoga kejayaan demi
kejayaan akan terus dicapai pada masa akan datang.
Akhir kata semoga segala usaha dan gandingan tenaga daripada semua pihak dalam
menjayakan majlis ini dibalasi Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran. Terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa dan para dermawan atas sumbangan wang dan tenaga untuk
memastikan malis ini berjalan dengan lancar.
Semoga tema ‘Sahsiah Cemerlang, ummah Gemilang’ ini benar-benar dapat direalisasikan.
Wabillahi taufik wal hidayahwassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
HJ HASSAN BIN HUSHIN
PENGERUSI
LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH
PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH
7

