Page 9 - EBOOK SRIH IHTIFAL 2016
P. 9

KATA-KATA ALUAN
                                      PENGERUSI PIBG SRIH

         Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kepada Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini
merakamkan sepatah dua kata di dalam buku cenderamata Ihtifal Sekolah Rendah Islam
Hidayah kali ke-27.

         Sahsiah Cemerlang, Ummah Gemilang merupakan tema pilihan tahun ini. Tema ini
selari dengan misi sekolah untuk melahirkan individu cemerlang bukan sahaja dari sudut
akademik, malah cemerlang juga dari sudut sahsiah. Keperibadian cemerlang ini akan
menjadi pemangkin kepada kewujudan ummah yang gemilang.

         Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada anak-anak yang berjaya mendapat
penhargaan dan anugerah sempena majlis ini. Semoga kejayaan anak-anak mampu
menjadi inspirasi kepada semua murid yang lain untuk lebih berusaha mencapai prestasi
yang lebih cemerlang. Kita yakin dan sentiasa mendoakan agar generasi ini bakal menjadi
pemimpin kepada masyarakat untuk bersama-sama menjana kecemerlangan sahsiah
Islam yang akan membawa kepada sebuah kegemilangan di dunia dan akhirat.

         Saya yakin dengan kerjasama yang erat dan sokongan semua pihak, SRIH akan
terus bergerak seiring dengan kemajuan pesat dunia tanpa sempadan dan mampu
menyumbang terhadap masyarakat, negara dan ummah.

         Saya mengharapkan kepada semua ahli PIBG, guru-guru dan masyarakat agar terus
memberi sokongan padu dan mempertingkatkan lagi sokongan dan kerjasama ini. Semoga
Allah memberkati dan meredhai segala usaha kita untuk mencapai visi dan misi
pendidikan Islam yang sama-sama kita perjuangkan, Insyaa Allah. Sekian, terima kasih.

         PROF. IR DR MAHMOOD MD TAHIR
         PENGERUSI PIBG
         SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH

                                          8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14