Page 21 - contohihtifalsrih
P. 21
Kata Alu- Aluan Perasmi Ihtifal
Prof Dr Hj Omar Bin Yaakob
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT Tuhan sekalian
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
tahniah kepada warga kerja Majlis Ihtifal SRIH ke-24 ini yang bertungkus-lumus
memastikan majlis yang gilang-gemilang ini dapat dijalankan, khusus untuk me-
raikan kejayaan dan pencapaian cemerlang anak-anak di sekolah ini dalam pel-
bagai bidang.
Saya percaya majlis penghargaan ini adalah lambang kesyukuran yang
mencerminkan kejayaan, usaha gigih, interaksi dan toleransi antara murid, guru dan
ibu bapa. Kesepaduan ini juga memungkinkan Sekolah Rendah Islam Hidayah terus
menjadi pilihan hati ibu bapa demi memastikan anak-anak mereka mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah, dan kepimpinan selaras dengan
falsafah pendidikan Islam yang mengutamakan tarbiah islamiah dalam membentuk
generasi rabbani.
Sesungguhnya tema “Tarbiah Pemacu Ummah Berkualiti” adalah amat te-
pat sekali dan seiring dengan hasrat sekolah yang sentiasa ingin melahirkan gen-
erasi yang berkualiti dari segi akhlak, ilmu dan kemahiran, serta berkepimpinan
untuk membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sekaligus menjadi
ummah contoh kepada bangsa lain khususnya.
Sesuai dengan misi dan visi sekolah, saya menyeru kepada guru dan ibu
bapa mempersiapkan diri agar lebih dinamik dan proaktif kepada cabaran pen-
didikan semasa. Para pelajar pula perlu merebut peluang kerana kejayaan tidak
akan dicapai dengan pengharapan dan penantian semata-mata tetapi memerlukan
pengorbanan, kesungguhan, dan bermujahadah dalam semua perkara.
Saya yakin dengan kerjasama erat dan sokongan semua pihak, Sekolah
Rendah Islam Hidayah ( SRIH ) akan terus bergerak sesuai dengan kemajuan pesat
dunia dan seterusnya mampu menyumbang kepada masyarakat, negara dan um-
mah. 8
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wasssalamualaikum warahmatullahi

