Page 25 - contohihtifalsrih
P. 25
KATA ALU-ALUAN
PENGERUSI PIBG SRIH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji hanya kepada Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam
kepada junjungan yang mulia, nabi Muhammad saw.Terlebih dahulu saya ingin
mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan jazakallahu khairan kathira dan terima
kasih kerana diberi peluang merakamkan sepatah dua kata di dalam buku cenderama-
ta Majlis Ihtifal Sekolah Rendah Islam Hidayah kali ke -24 ini.
Saya bagi pihak PIBG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang bersatu tenaga menjayakan majlis ini. Dalam usaha menempa kecemer-
langan pendidikan sudah semestinya memerlukan kerjasama, komitmen dan sokongan
padu daripada semua pihak terutama sekolah, guru-guru, ibu-bapa dan masyarakat.
“ TARBIAH PEMACU UMMAH BERKUALITI ” merupakan tema pilihan
pada tahun ini mencerminkan bahawa tarbiyyah itu penting bagi melahirkan ummah
yang berkualiti yang bakal menjadi pewaris kepada kegemilangan Islam. Justeru itu,
untuk merealisasikannya, kekuatan dan kesatuan daripada guru-guru, ibu bapa dan
masyarakat semua amat diperlukan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak yang berjaya mendapat
penghargaan dan anugerah sempena majlis ini. Kepada anak-anak yang kurang ber-
nasib baik, terus dan tingkatkanlah usaha anda dengan penuh kesungguhan, sabar dan
berdoalah kepada Allah swt, insya Allah, kejayaan pasti menjadi milik anda satu hari
nanti.
Akhir kata, marilah kita berdoa kehadrat Ilahi agar SRIH terus berkembang
sebagai institusi yang mampu melahirkan generasi musleh yang kita harapkan. Saya
menyeru kepada semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sek. Ren. Islam Hidayah
termasuk diri saya sendiri agar sama-sama kita meningkatkan usaha dan iltizam ber-
ganding bahu dengan penuh kerjasama demi kecemerlangan ummah.
Sekian, terima kasih.
Salam ikhlas,
Prof. Ir. Dr. Mahmood Md
Tahir
Pengerusi PIBG SRIH

