Page 24 - contohihtifalsrih
P. 24

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI
LEMBAGA PENGELOLA HIDAYAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

          Segala pujian dan syukur kehadrat Allah swt serta selawat dan salam
ke atas Rasul (saw), pemimpin agung bagi seluruh umat manusia.

       Saya, bagi pihak Lembaga Pengelola Hidayah, mengucapkan selamat
datang ke Majlis Ihtifal kali ke-24 . Moga dengan kehadiran kita bersama, Al-
lah akan melimpahkan barakah-Nya atas usaha yang telah kita laksanakan sela-
ma ini.

          Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas
kecemerlangan yang ditunjukkan dalam setiap bidang yang diceburi. Pen-
capaian cemerlang yang kita raikan hari ini adalah hasil usaha yang berterusan
daripada ibu bapa, para guru di samping bantuan pelbagai pihak. Saya memo-
hon ibu bapa meneruskan sokongan, bantuan dan dokongan yang akan kita
gembelingkan sepenuhnya ke arah menjadikan SRIH sebagai sebuah institusi
yang unggul yang mampu melahirkan ummah berkualiti sesuai dengan tema
Ihtifal pada tahun ini iaitu “ Tarbiah Pemacu Ummah Berkualiti “.

          Namun, kecemerlangan bukanlah segala-galanya. Dengan pendekatan
bersepadu, menyeluruh dan seimbang yang kita perjuangkan, kita amat
mengharapkan kecemerlangan akademik ini diiringi oleh kecemerlangan iman,
amal, dan sahsiah yang mantap bagi pembinaan ummah yang terdiri daripada
insan yang soleh lagi musleh.

          Akhir kata, saya mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada
semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Ihtifal kali yang
ke-24 ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-
puan sekelian.

Sekian. Wassalam.

                   Prof. Madya Dr. Md Nor bin Bakar

                   Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah

                   7
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29