Page 122 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 122
dan maklumat peperiksaan .
• Guru kelas hendaklah memastikan semua buku teks dipulangkan atau kehilangan / kerosakan buku teks diganti
sebelum menyerahkan perkara b) di atas.
• Guru kelas hendaklah memaklumkan perihal pertukaran pelajar kepada Setiausaha Peperiksaan dan guru SPBT bagi
diambil tindak ikut selanjutnya jka terdapat perkara-perkara yang belum selesai.
3. Melaksanakan arahan pengetua / wakilnya dari semasa ke semasa berhubung kemasukan pertukaran pelajar.
4. Semasa borang pemohonan pertukaran dan kemasukan pelajar mesti disahkan / di tandatangani oleh Pengetua.
BILIK DARJAH / KELAS
1. Sebelum memulakan pengajaran, guru bertanggungjawab menentukan dahulu bilik darjah bersih dan ceria dengan kerusi
meja pelajar tersusun rapi.
2. Guru waktu terakhir bertanggungjawab memastikan lampu dan kipas dimatikan , kelas dalam keadaan bersih dan pintu
bilik darjah ditutup selepas tamat waktu persekolahan.
KEHADIRAN ORANG LUAR BERJUMPA GURU
1. Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa guru dan pelajar tanpa mendapat kebenaran Pengetua.
2. Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang hendak berjumpa guru atau pelajar mendapat kebenaran Pengetua
terlebih dahulu jika kebenaran belum diperolehi.
3. Orang luar termasuk ibu bapa atau penjaga dilarang berjumpa guru atau pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
PUNGUTAN BAYARAN PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM / KELAS (JIKA ADA)
1. Semua pungutan hendaklah direkodkan dalam akaun kewangan unit persatuan
2. Guru penasihat / unit hendaklah sentiasa menyemak dan mengesahkan maklumat kewangan unit berkenaan.
3. Wang pungutan daripada ahli unit hendaklah disimpan oleh guru dan tidak boleh disimpan oleh pelajar.
MENYEMAK DAN MEMERIKSA BUKU PELAJAR.
1. Guru wajib menyemak dan memeriksa buku pelajar selepas memberi nota, latihan dan tugasan bagi memastikan pelajar
membuat tugas yang diberikan. Buku-buku tersebut hendaklah dikembalikan dengan segera
2. Guru hendaklah mencatatkan tandatangan, tarikh, markah / gred / kata-kata perangsang / nasihat atau komen.
3. Guru hendaklah mengarahkan pelajar membuat pembetulan kepada kesalahan yang dlakukan dan hendaklah disemak
oleh guru.
4. Guru tidak dibenarkan menyuruh pelajar menghantar buku untuk tujuan semakan pada waktu P&P . Minta pelajar
menghantar pada waktu rehat atau waktu tamat persekolahan hari berkenaan.
PENTAKSIRAN KURIKULUM DAN PEPERIKSAAN
1. Pentaksiran kurikulum dan peperiksaan hendaklah diadakan mengikut jadual dan jangka masa yang ditetapkan.
2. Soalan yang telah siap dibahagikann mengikut kelas-kelas hendaklah dihantar kepada unit peperiksaan untuk disimpan
selewat-lewatnya 2 hari sebelum ujian / peperiksaan.
3. Unit peperiksaan bertanggungjawab mengagihkan kertas soalan tersebut kepada guru pada hari peperiksaan.
4. Bagi peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun format soalan dan masa hendaklah selaras dengan SPM
5. Guru subjek hendaklah memeriksa dan markah hendaklah di`key-in` dalam komputer Unit Peperiksaan / secara online ke
Unit Penilaian & Peperiksaan PPD mengikut tarikh yang ditetapkan.
6. Guru tingkatan hendaklah memproses dan menganalisis markah serta keputusan dalam rekod kemajuan akademik murid.
Seterusnya menyerahkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk ditandatangani.
7. Setiausaha peperiksaan hendak menganalisis keseluruhan keputusan ujian dan peperiksaan dan menyerahkan kepada
Pengetua.
8. Post-mortem atau Audit Akademik bagi peperiksaan pertengahan tahuan, akhir tahun atau percubaan akan dijalankan.
9. Ketua panitia bertanggungjawab menyediakan laporan dan post-mortem bagi setiap mata pelajaran.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020 120

