Page 127 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 127

1.  SPI BIL. 3/1999 : PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN DAN  PEMBELAJARAN.

                   •   Hendaklah mengandungi hanya 2 unsur sahaja, iaitu:
                   i)     Rancangan  Pengajaran  Tahunan  (RPT)  -  mengandungi  secara  ringkas    isi  pelajaran    &    pembelajaran
                          berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan KPM.
                   ii)    Rancangan Pelajaran Harian (RPH) - merupakan terjemahan RPT yang mengandungi sekurang-kurangnya
                          maklumat seperti tajuk, objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauhmana objektif
                          tercapai. Digalakkan pernyataan refleksi.
                   •   Boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi  semasa
                   •   Rekod P&P dan bahan-bahan yang berkaitan dengan penyediaan RPT dan RPH hendaklah diurus dengan baik dan
                      dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang berkepentingan.

               2.  SPI BIL.4/2009: PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SPM MULAI TAHUN 2009.
                   •   Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred
                       lain diubah seperti jadual di bawah:

                                              Gred Sedia Ada        Gred Baru (mulai 2010)

                                                   -                     A+  (18)
                                                  1 A                    A    (16)

                                                  2 A                    A-   (14)

                                                  3 B                    B+  (12)
                                                  4 B                    B    (10)

                                                  5 C                    C+  ( 8 )

                                                  6 C                    C    ( 6 )
                                                  7 D                     D    ( 4)

                                                  8 E                    E    ( 2 )
                                                  9 G                    G    ( 0 )



               3.  SPI BIL.3/2009: PELAKSANAAN MENGHADKAN JUMLAH MAKSIMUM SEPULUH (10) M/P PEPERIKSAAN SPM.
                   •   6 m/p  teras iaitu BM, BI, Math, Sains, Sejarah dan PI/PM adalah wajib dipelajari dan dijadikan m/p peperiksaan
                       SPM.
                   •   M/p BM, Bi, math dan Sejarah wajib diambil oleh semua calon tanpa boleh diganti dengan m/p lain.


               4.  SPI BIL. 2/1981: KETETAPAN MASA DI SEKOLAH-SEKOLAH.
                   •   Semua guru diingatkan dari masa ke semasa tentang tanggung jawab mereka untuk mengamalkan ketepatan masa
                       sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa  datang atau  balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk
                       mengajar, atau ketika menjalankan kegiatan kokurikulum.
                   •   Ketepatan  masa  juga  bermakna  seorang  guru  itu  hendaklah  mengikut  jadual  pengajaran  dan  tidak  boleh
                       meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tiba waktu untuk berbuat demikian.
                   •   Guru-guru khasnya hendaklah memberikan contoh teladan yang baik bagi menggalakkan tabiat ketepatan masa di
                       kalangan murid-murid.

               5.  SPI  BIL. 3/1981: PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR / WAKTU  LUANG FREE PERIOD) OLEH GURU-
                   GURU.
                   •   (Free Period) adalah waktu bekerja.


                      BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020                                                                                                           125
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132