Page 123 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 123
PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
1. Semua guru dan murid diwajibkan hadir perhimpunan rasmi sekolah.
2. Perhimpunan rasmi sekolah di adakan pada setiap hari Ahad pada jam 7.20 pagi hingga 8.10 pagi
3. Guru bertugas pada minggu tersebut bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan mengikut prosedur yang
ditetapkan.
4. Guru bertugas mingguan pada minggu lepas hendaklah memberikan laporannya semasa perhimpunan.
5. Pengetua atau wakilnya yang ditetapkan akan menyampaikan ucapan/maklumat pada perhimpunan rasmi tersebut.
6. Perhimpunan rasmi kokurikulum diadakan mengikut ketetapan/makluman oleh Penolong Kanan Kokurikulum berasaskan
pada Surat Pekelling Ikhtisas (SPI) berkaitan. Perhimpunan ini dikendalikan oleh murid.
7. Semua guru diwajibkan hadir dan amat digalakkan memakai pakaian unit uniform masing-masing. Begitu juga murid-
murid dikehendaki memakai pakaian uniform atau T-Shirt Unit Kokurikulum mengikut ketetapan oleh sekolah.
8. Bagi perhimpunan pagi pada hari Isnin hingga Rabu akan bermula pada jam 7.20 pagi, sementara pada hari Khamis
bermula jam 7.10 pagi dan pelajar mesti bergerak masuk ke kelas untuk P&P sebelum jam 7.30 pagi.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020 121

