Page 25 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 25

8        TOPIK 1    HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA




            Antara kedua-dua  pemikir ini, terdapatnya  sarjana yang mengutarakan jalan
            tengah dengan memperkenalkan  konsep  ethno civic nations iaitu  Mergers
            Skujeneeks (1886–1942) melalui buku beliau, „The Nations Question in Latvia‰
            pada tahun 1913. Bagi Skujeneeks, kehidupan manusia boleh diatur melalui
            ideologi. Beliau juga  menolak negara  yang dibina berasaskan perhubungan
            darah  dan bagi beliau juga ikatan  kenegaraan bukan  suatu yang kekal, tetapi
            berubah mengikut keadaan. Idea beliau ini adalah untuk meletakkan gabungan
            kumpulan etnik yang berbeza ke dalam satu unit politik yang menjadi perkara
            asas dalam  projek nasional. Secara ringkas konsep ini dapat difahami dengan
            mudah sebagaimana Rajah 1.3.











             Rajah 1.3: Gambaran perhubungan antara tiga konsep dalam pembinaan negara bangsa


            Perbincangan ketiga-tiga para sarjana  ini  penting dilihat dan dianalisis
            memandangkan mereka melihat cara pembinaan negara  bangsa dengan cara
            yang berbeza. Setiap negara mempunyai cara sendiri dalam proses pembinaan
            negara masing-masing. Cara mana yang terbaik adalah terpulang kepada sejarah
            dan latar belakang negara itu. Dalam konteks Malaysia, kita lebih kepada idea
            yang dibawa oleh Mergers Skujeneeks iaitu ethno civic nations.


                     AKTIVITI 1.1

                  Adakah  anda  bersetuju Malaysia ialah sebuah negara bangsa?
                  Bincangkan bersama rakan sekelas dan nyatakan kefahaman anda
                  berasaskan penyataan ini.


             1.2       PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAN

                       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


            Menurut Abdul Rahman Embong (2006),  Malaysia merupakan sebuah negara
            berbilang kaum,  bahasa,  agama dan budaya  dengan anggota masyarakatnya
            hidup berdampingan dan  bercampur  gaul antara  satu sama lain. Sebelum
            merdeka proses campur gaul ini berlaku dengan kadar yang terbatas, tetapi
            selepas merdeka proses ini berlaku dengan kadar yang lebih tinggi.  Malahan
                                               Copyright
                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30