Page 31 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 31
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
3.3.30 Acara atau Majlis Sekolah
30.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi
sekolah.
30.2 Jika guru tidak data hadir oleh kerana sebab-sebab tida dapat dielakkan,
beliau mesti memberitahu pengetua terlebih dahulu.
3.4.2 TUGAS-TUGAS AKADEMIK
a. Buku Rekod Mengajar hendaklah ditulis dengan sempurna oleh guru sendiri. Peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengisian Buku
Rekod hendaklah diikuti. Penggunaan eRPH digalakkan.
Perkara-perkara berikut hendaklah disempurnakan.
Salinan Jadual Persendirian
Salinan Sukatan Pelajaran
Rancangan Kerja Setahun/Kontrak Pengajaran
Soalan-soalan ujian/Peperiksaan
Keputusan Ujian/Peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar.
Mengemaskini semua bahagian dalam buku rekod mengajar.
b. Sukatan Pelajaran dan Rancangan Kerja hendaklah siap disediakan dalam Buku Rekod
dalam masa dua minggu selepas sekolah dibuka
c. Buku Rekod guru hendaklah sentiasa kemaskini dan tajuk-tajuk hendaklah mengandungi
keterangan ringkas. Contohnya :
Tajuk : Ulangkaji (sebutkan apa yang ulangkaji)
d. Buku Rekod mengajar yang siap dengan Rancangan Mingguan dan Harian hendaklah
diserahkan ke Pejabat Pengetua pada hari Khamis.
e. Gunakan masa sepenuhnya bagi mendidik dan mengajar pelajar-pelajar. Alat mengajar
dan teknik pengajaran yang sesuai hendaklah digunakan dalam masa menyampaikan
pengajaran.
f. Adakan gerakerja dan kegiatan untuk penyertaan pelajar dalam pengajaran.
g. TANDA DAN SEMAK BUKU KERJA,NOTA DAN LATIHAN PELAJAR-PELAJAR. Selepas
pemeriksaan dibuat,tandatangan dan tulis tarikhnya. (Lihat pekeliling KP : 8591/ 80 –
14hb Sept. 1981.
h. MENGAJAR DENGAN DUDUK SAHAJA HENDAKLAH DIELAKKAN. Beri perhatian kepada
semua pelajar pada masa mengajar.
i. Beri kerja rumah kepada pelajar-pelajar pada tiap-tiap hari / hujung minggu,
termasuklah pada masa cuti penggal.
j. Patuhi ujian /peperiksaan yang ditetapkan dan catatkan keputusan/ pencapaiannya
dalam Buku Rekod.
k. Adakan kelas-kelas tambahan/pemulihan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah.
31

