Page 30 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 30

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020




                              3.3.23   Buku Stok/Inventori

                                     23.1   Guru Kanan atau ketua panitia bertanggungjawab menguruskan buku
                                            Stok/inventori  dan  memastikan  maklumat  dalam  buku  stok  atau
                                            inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan
                                            disemak dari Masa ke masa oleh Pengetua/Penolong Kanan.

                              3.3.24   Tanda Nama

                                     24.1   Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,
                                            majlis rasmi di sekolah/di luar sekolah.
                                     24.2      Tanda nama mesti mengikut saiz yang ditetapkan.

                              3.3.25  Keahlian Kelab Guru/PIBG

                                     25.1   Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
                                     25.2   Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

                              3.3.26  Penggunaan Alat – alat

                                     26.1   Penggunaan alat – alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
                                     26.2   Mesti  mendapat  kebenaran  daripada  Ketua  –  ketua  Bahagian  atau
                                            Penjaga Stok.
                                     26.3   Bertanggungjawab  menggunakan  alat  –  alat  dengan  baik  dan
                                            memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
                                     26.4   Jika  rosak  hendaklah  dilaporkan  dengan  serta  –  merta  dan
                                            manggantinya jika perlu.

                              3.3.27   Arahan dan Pekeliling

                                     27.1   Setiap  arahan  dan  surat  pekeliling  yang  dikeluarkan  oleh  Pengetua
                                            hendaklah  dibaca  dengan  teliti  dan  dipatuhi  serta  ditandatangani
                                            selepas membacanya.
                                     27.2   Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah
                                            menyimpannya di dalam fail khas.
                                     27.3   Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian,Jabatan Pelajaran/PPD
                                            guru  hendaklah  mengembalikan  dengan  segera  ke  pejabat  sekolah
                                            setelah tindakan diambil.
                                     27.4   Sekiranya guru engkar arahan pengetua tanpa alasan yang munasabah,
                                            beliau  boleh dikenakan tindakan tatatertib.

                              3.3.28  Telefon/Fax

                                     28.1   Penggunaan  telefon/fax  hanyalah  untuk  urusan  rasmi  sahaja.  Guru
                                            hendaklah menggunakan telefon awam atas urusan peribadi.

                              3.3.29  Kunci

                                     29.1      Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
                                     29.2   Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci di bilik-bilik tertentu, Dia
                                            mestilah  mendapat  kebenaran  dari  pengetua.Guru  tersebut
                                            bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.


                                                                                                          30
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35