Page 29 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 29
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
3.3.17 Pergi ke Jabatan Pelajaran/Jabatan Pelajaran Daerah
17.1 Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau
Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi pada masa sekolah.
17.2 Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa
di PPD/JPN.
3.3.18 Pelawat
18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua terlebih
dahulu.Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.
18.2 Semua pelawat dikehendaki menandatangani Buku Pelawat.
3.3.19 Membeli Barang
19.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat.
19.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Guru
Kanan/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
19.3 Semua pesanan yang lebih RM50.00 mesti dibuat melalui Borang
Pesanan Tempatan.
19.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan
direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
19.5 Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh
Pengetua,Pembekal dan penerima.
3.3.20 Kegiatan Kokurikulum
20.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum.
Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
20.2 Kecederaan pelajar mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan pengetua
selepas dihantar ke hospital.
3.3.21 Perhimpunan Sekolah
21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-
masa dan hari-hari yang ditetapkan.
21.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan
panjang.
21.3 Guru akan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan
Lagu Sekolah.
21.4 Antara tugas dari guru-guru dikehendaki menjaga disiplin pelajar.
3.3.22 Mesyuarat Guru
22.1 Dari masa ke masa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru.
Kedatangan semua guru guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.
22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru
Kanan/ Ketua Panitia.
22.3 Setiap keputusan dibuat dalam mesyuarat guru sama ada atas arahan
Pengetua, guru-guru atau majoriti mesti dipatuhi oleh semua guru
walaupun berlainan pendapat.
29

