Page 4 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 4

Mesyuarat
                                                                                         AGUNG PIBG


                                                  Sekapur Sireh,



                                                   Seulas Pinang















             Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

             Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada AJK Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) SMK
             Bandar Baru Sultan Suleiman kerana sekali lagi telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung
             PIBG untuk tahun ini bagi sesi 2021/2022. Kerjasama yang telah dijalinkan di antara ibu bapa
             dan para guru akan diteruskan agar momentum yang sedia ada dapat dimanfaatkan bagi
             mencapai matlamat bersama kita dalam PIBG.

             Peranan yang dimainkan oleh PIBG amat besar sebagai satu wadah untuk para ibu bapa dan
             guru bekerjasama, berbincang dan mencari formula dalam usaha membela kebajikan dan
             kecemerlangan semua warga SMK Bandar Baru Sultan Suleiman terutama para pelajarnya
             yang merupakan permata ibu bapa dan kebanggaan para guru. Sokongan PIBG dan ibu bapa
             kepada pihak sekolah memberikan suntikan semangat kepada saya dan guru-guru untuk terus
             cekal menjalankan tugas kami terutama pada masa pandemik ini.


             Saya amat berharap AJK PIBG yang dilantik akan meneruskan budaya kecemerlangan dengan
             mempamerkan contoh kepimpinan yang tinggi dan berusaha besungguh-sungguh menaikkan
             lagi imej sekolah ke arah masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Pihak
             PIBG perlulah berperanan sebagai agen perubahan yang sentiasa peka dan proaktif dalam
             melaksanakan tugas yang semakin mencabar. Pihak PIBG juga memainkan peranan yang
             penting dalam membantu pihak sekolah untuk merancang dan melaksanakan program yang
             dapat membantu pelajar-pelajar sekolah ini. Tanpa kerjasama ini adalah sukar bagi pihak
             sekolah untuk melaksanakan program yang dirancang.


             Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Anuar
             bin Sahudin selaku Yang Dipertua PIBG, semua AJK PIBG, guru-guru serta para ibu-bapa sekolah
             ini yang telah memberi sokongan dalam menjayakan segala program yang telah dijalankan.
             Sama-samalah kita mendoakan agar SMK Bandar Baru Sultan Suleiman akan terus maju dan
             berjaya dalam segala bidang yang diceburi pada masa-masa akan datang.
             Sekian, terima kasih.

             Nurul ‘Ain binti Muhammad Zain
             Pengetua
             Penasihat PIBG SMK Bandar Baru Sultan Suleiman










                                                       3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9