Page 9 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 9

Minit Mesyuarat







                                       MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
                                   SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
                                                  KALI KE-17


            TARIKH            : 23.02.2020
            MASA              : 8.30 PAGI

            TEMPAT            : Balai Hajah Zaleha
            KEHADIRAN         : Ibu bapa         :   118 orang
                                Guru             :   57 orang

                                Jumlah           :  175 orang

        1.    PERUTUSAN PENGERUSI


             1.1  Ucapan YDP
               1.1.1 YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
                      mesyuarat Agung 2020
               1.1.2 YDP menyatakan Mesyuarat Agung merupakan platform terbaik untuk
                      membincangkan perkara-perkara tertentu demi kebaikan sekolah dan warganya.

               1.1.3 YDP mengucapkan terima kasih kepada yang menyumbang duit dan tenaga demi
                      anak-anak dan menasihatkan ibu bapa agar jangan berharap sepenuhnya kepada
                      sekolah sahaja.

             1.2   Ucapan Penolong Kanan (Encik Mohammad Shah Bin Kassim)
               1.2.1  En Mohd Shah menyatakan kehadiran ibu bapa adalah peransang kepada
                      pembangunan murid sedia ada, akademik dan lain-lain.


               1.2.2  En Mohd Shah juga menyatakan bahawa ibu bapa merupakan tunggak
                      kecemerlangan murid-murid.

               1.2.3  En Mohd Shah menyatakan bahawa sejak 2013, pihak sekolah telah membuat
                      permohonan sumbangan untuk prasarana sekolah, namun hanya pada tahun
                      2020 mendapat sumbangan.

               1.2.4  Tandas PPKI juga telah dibangunkan untuk kemudahan murid-murid PPKI.

               1.2.5  En Mohd Shah memberitahu, kelas tambahan PT3 dan SPM telah bermula pada
                      10.02.2020 pada setiap hari Isnin dan akan berlangsung sehingga bulan Oktober.
                      Namun kehadiran adalah mendukacitakan sehingga terpaksa menutup beberapa
                      kelas.







                                                       8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14