Page 5 - 21 OKT BUKU PROGRAM PIBG_Neat
P. 5
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Seuntai Kata,
Seulas Bicara
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kurnia-Nya dan hidayah-Nya dianugerahkan
kepada kita semua akan rezeki kesihatan dan rezeki masa, maka dapatlah kita bertemu dalam
Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Bandar Baru Sultan Suleiman ini secara dalam
talian bagi tahun 2021.
Syabas dan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa serta mereka yang sudi meluangkan
masa untuk merealisasikan segala program sekolah mahupun PIBG, sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung. Semoga segala sumbangan ikhlas daripada semua pihak akan
mendapat ganjaran yang terbaik buat semua. Diharapkan pada Mesyuarat Agung kali ini kita
akan dapat membuat keputusan yang tepat secara sebulat suara berserta hati yang terbuka
demi talian silaturrahim yang mantap sesama kita agar dapat membantu pihak sekolah dalam
pelbagai aspek terutama yang berkaitan dengan anak-anak kita.
Secara ikhlasnya saya ingin berkongsi dengan semua pihak bahawa sepanjang pengalaman
saya selama menggalas amanah di sekolah yang permai ini, kerjasama serta ukhwah semua
pihak amatlah baik sekali. Ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir sekolah ini serta
semua guru dan kakitangan lain yang senantiasa menyokong kami pihak AJK PIBG. Tidak
ketinggalan saya secara peribadi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK
PIBG yang ikhlas membantu saya dalam melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita.
Akhir kata, saya mewakili para sahabat PIBG kesemuanya memohon kemaafan sekiranya
terdapat tingkah laku yang tidak menyenangkan sepanjang perkhidmatan kami kepada pihak
ibu bapa serta guru-guru SMK Bandar Baru Sultan Suleiman. Di samping itu saya ingin berpesan
kepada semua ibu bapa agar terus kuat dan bersemangat dalam melaksanakan persekolahan
anak-anak dalam keadaan pandemik ini supaya kemenjadian mereka sebagai pelajar dapat
diteruskan.
Sekian, terima kasih.
Anuar bin Sahudin
Yang Dipertua PIBG Sesi 2020/2021
SMK Bandar Baru Sultan Suleiman
4

