Page 13 - Buku program pibg 2021 e
P. 13
3.4 Beliau juga mencadangkan agar barisan AJK PIBG mengadakan lawatan ke sekolah lain
(PIBG) contohnya di Sekolah Setia Budi untuk melihat dan belajar mengenai pengurusan
yang mungkin dapat diaplikasikan di sekolah ini untuk kebaikan bersama.
3.5 Dengan lafaz ميحرلا نمحرلا الله مسب Ustaz Mohd Khairi bin Md Zainal merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SRAISC kali ke 21 bagi tahun 2019 ini.
4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRAISC KALI KE
20/2018 – SETIAUSAHA : SUZANA BINTI SALEH
4.1 Dicadangsahkan oleh : En. Mohd Faizal Uzairi
4.2 Disokong oleh : En. Zulhilmi bin Sulaiman
5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN – BENDAHARI: KHALISSAFRI BIN
MOHD HASLIN.
5.1 Bendahari membentangkan Penyata Kewangan Tabung Infaq PIBG daripada ms 27 dan
Penyata Kewangan Tabung PIBG bagi tahun 2018 di ms 28 hingga 32.
5.2 Bendahari memaklumkan usaha-usaha untuk memanggil Juruaudit 1 menyemak dan
menandatangan kedua-dua laporan penyata kewangan tersebut telahpun dilakukan
namun tiada sebarang respon dari beliau.
5.3 Pn. Nazalina Nawawi memaklumkan beliau diwakilkan oleh Pn. Aidawati Ahmad untuk
menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Juruaudit 1 berkuatkuasa hari ini.
5.4 Yang DiPertua dan barisan AJK bersetuju dengan perletakan jawatan tersebut dan
mencadangkan supaya dalam mesyuarat kali ini dilantik seorang Juruaudit bagi
menggantikan tempat Pn. Aidawati. Mesyuarat bersetuju sebulat suara melantik Ustaz
Ahmad Abdullah Sanek.
5.5 Pn Nura’afifah Bt Marni mencadangkan agar Laporan Penyata Kewangan Tabung Infaq dan
Tabung PIBG diterima dengan bersyarat. Pihak Ahli JawatanKuasa PIBG hendaklah
berusaha lagi untuk mendapatkan kerjasama daripada Puan Aidawati bagi menyemak dan
mengesahkan laporan-laporan tersebut kerana ini adalah tanggungjawab beliau untuk
menyempurnakan tugasannya sebelum meletak jawatan.
5.6 Cadangan tersebut disokong oleh Pn. Nazalina Nawawi.
6. PERKARA BERBANGKIT
6.1 Ustaz Ahmad Abdullah Sanek bertanya mengapa sumbangan untuk Tabung Infaq tidak
digunakan terutamanya untuk membina dataran berbumbung?
- Bendahari memaklumkan bahawa baki awal RM 8211.78 adalah sumbangan untuk
pembangunan surau sekolah. Manakala bakinya RM 11138.66 akan digunakan untuk
pembinaan rak al quran di semua kelas dan pembelian meja kantin.
13

