Page 14 - Buku program pibg 2021 e
P. 14
6.2 En. Rohizat bt Aznan bertanya :
a) Perlu ada perincian atau nota kaki untuk penggunaan wang Tabung Infaq.
b) Berapakah jumlah wang di tangan pada satu-satu masa.
- RM 700.00
c) Usaha mendapatkan Pn. Aidawati perlu ditingkatkan lagi.
d) Bagaimana proses setiap projek dilaksanakan.
- Sebarang projek yang melebihi RM 4000.00 perlu mendapat kebenaran daripada
pihak Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Sebarang projek yang hendak dijalankan
akan dibawa dalam Mesyuarat AJK PIBG, dicatat di dalam minit mesyuarat dan dibuka
tender untuk mendapatkan 3 atau lebih sebutharga. Sebutharga yang diterima akan
dibincangkan di dalam mesyuarat dan dipersetujui bersama.
6.3 Pn. Shamilah bt Zainon bertanya adakah sumbangan untuk Tabung Infaq dimasukkan ke
bank dan adakah akaun Tabung Infaq dan Tabung PIBG berbeza.
- Bendahari memaklumkan semua sumbangan untuk Tabung Infaq akan dimasukkan ke
bank.
- Tabung Infaq dan Tabung PIBG adalah akaun berlainan.
6.4 En. Rohizat bin Aznan memohon pencerahan adakah perlembagaan PIBG di SRAISC sama
dengan perlembagaan PIBG di Kementerian Pendidikan.
- Guru Besar menjelaskan pada dasarnya perlembagaan PIBG di bawah JAIS adalah
sama dengan perlembagaan PIBG di bawah Kementerian. Namun kini Jabatan Agama
Islam Selangor telah mengeluarkan perlembagaan PIBG sendiri yang digunapakai
semenjak tahun 2018 yang lalu.
7. PEMBENTANGAN & PERBINCANGAN USUL
7.1 Pn. Madinah bt Mahmud meminta penjelasan bagaimana pihak sekolah menangani
sebarang aduan yang dikemukakan oleh ibu bapa?
- Sekiranya ada aduan, Guru Disiplin akan menyiasat terlebih dahulu. Sekiranya perlu,
murid terlibat akan di hantar kepada Guru Kaunseling. Ibu bapa boleh membuat aduan
bertulis di pejabat . Pihak sekolah akan berusaha menyelesaikan semua aduan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan.
7.2 Pn. Syakila bt Khalid memohon sekiranya ada guru kelas Iqra’ yang tidak dapat
melaksanakan tugasnya mengikut jadual kerana ada tugasan diluar, penyelaras hendaklah
membahagikan murid kepada guru-guru Iqra’ lain bagi mengelakkan murid membuang
masa.
- Guru Penolong Kanan 1 menjelaskan bahawa Penyelaras Kelas Iqra’ akan memastikan
guru yang tidak dapat hadir mengganti kelas yang tertinggal.
8. HAL-HAL LAIN.
8.1 Pn. Nura’afifah Bt Marni mencadangkan:
a) Mewujudkan Grup Whats Aps antara guru kelas dan ibu bapa untuk memudahkan
penyebaran maklumat.
b) Membuat post mortem keputusan peperiksaan UPKK, PSRA dan UPSR serta
membandingkan dengan sekolah lain.
c) Kelas-kelas tahun 6 dipasang dengan LCD untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih mudah dan menarik minat murid.
14

