Page 12 - Buku program pibg 2021 e
P. 12
142. JAMALIAH JALALODIN 148. MD IDZHAM NASARUDDIN IBRAHIM
143. NURSYIDA MAHMUD 149. MANISAH BT KAMARUDIN
144. SITI AISYAH NORDIN 150. SHAHARANI ABD GHANI
145. KURRATUL AIN BT KURDI 151. MUHD ADNIN BAKIR BIN ABU BAKAR
146. ZURAINI BT AB HAMID 152. ADLI HADI
147. SAIFUL FAIZAL NORSEDIN
1. UCAPAN YANG DIPERTUA (EN. MAZENI BIN KELING)
1.1 Yang DiPertua PIBG mengalu-alukan kehadiran tetamu dan semua ibu bapa yang sudi
meluangkan masa pada hari ini.
1.2 Merakamkan ucapan terimakasih atas kerjasama daripada hadirin kerana kejayaan PIBG
terhasil daripada hubungan baik antara guru-guru dan ibu bapa.
1.3 Menekankan pembangunan ukhuwah antara guru dan ibu bapa sebagai agenda utama
selaku YDP PIBG dengan cara melaksanakan gotong royong perdana. Karnival Mahabbah dan
Sukan antara Ibu Bapa dan guru-guru.
1.4 Berharap agar ibu bapa lebih cakna mengenai waktu mengambil anak-anak sebaik sahaja
habis waktu persekolahan. Jangan biar anak menunggu sehingga malam.
2. UCAPAN PENASIHAT (GURU BESAR – US. SAMURI ZAN BIN SARJIMIN)
2.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran perasmi iaitu Penolong Pegawai Daerah Gombak
Bahagian Perkahwinan Ustaz Khairi bin Zainal sebagai wakil Tuan Kharunna’im Pegawai
Tadbir Daerah Gombak yang tidak dapat hadir pagi ini.
2.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.
2.3 Tahniah kepada barisan AJK atas kejayaan mengemudi PIBG sepanjang tahun 2018
dengan jayanya.
2.4 PIBG sebagai wadah untuk ibu bapa dan guru bertukar-tukar pendapat bagi memastikan
kejayaan murid-murid SRAISC bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam
bidang ko kurikulum.
3. UCAPAN PERASMIAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR AGAMA USTAZ MOHD KHAIRI BIN MD
ZAINAL.
3.1 Memaklumkan bahawa Pegawai Tadbir Agama tidak dapat hadir kerana pagi ini ada majlis
bersama Menteri Besar Selangor yang perlu dihadiri.
3.2 Berharap agar semua ibu bapa dapat membuang pemikiran menghantar anak ke SRAI
hanya untuk memudahkan urusan sendiri.
3.3 Menegaskan bahawa tugas-tugas guru adalah mendidik murid-murid hanya terhad di
sekolah tetapi ibu bapa berkewajipan memantau pelajaran anak-anak semasa dirumah
lebih-lebih mengenai penggunaan gajet yang menyebabkan nilai-nilai kemanusiaan
semakin hilang.
12

