Page 5 - Buku program pibg 2021 e
P. 5
هتاكربو للها ةحمرو مكيلع ملاسلا
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bertemu
di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai
Chinchin kali ke 22. Saya bagi pihak sekolah dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG mengalu-alukan
kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung PIBG SRAISC pada tahun 2021 ini.
Penularan wabak Covid-19 telah banyak mengubah amalan pendidikan di negara kita. Sepanjang
tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dijalankan secara bersemuka. Sehubungan itu, pengajaran dan pembelajaran terpaksa dijalankan
secara dalam talian dan sudah pasti ada banyak kekurangan yang kita dapati apabila melaksanakan
perkara baru yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Namun secara jujurnya sebagai pentadbir di
sekolah ini kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua ibu bapa yang jelas sanggup
meluangkan masa bersama-sama membantu dalam melancarkan pembelajaran anak-anak semasa
dirumah.
Berkaitan dengan pembukaan semula sekolah, pihak sekolah telah sedaya upaya melaksanakan
pematuhan terhadap SOP yang telah ditetapkan dengan melakukan persediaan yang rapi. Namun
sebagai manusia, kita hanya merancang sedangkan Allah Yang Maha Berkuasa yang menentukan
segalanya. Kami sedar ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku sepanjang kami mengatur
susunan ketibaan dan waktu pulang murid-murid. Sebarang kelemahan yang berlaku kami sentiasa
berusaha untuk memperbaikinya dan kami sangat mengalu-alukan sekiranya ada ibu bapa yang ingin
berkongsi pandangan dan pendapat untuk sebarang penambahbaikan.
Pihak sekolah ingin menzahirkan ucapan jutaan terimakasih kepada barisan AJK PIBG 2018-2021 yang
telah dengan rela hati berkhidmat “lebih masa” walaupun anak-anak mereka sudah tidak bersekolah
di sini. Semoga Allah akan membalas jasa-jasa mereka dengan sebaik-baik balasan. Kami juga
mengucapkan selamat datang kepada barisan AJK yang baru dengan harapan kita semua dapat
bekerja sama dengan penuh persefahaman demi kebaikan anak-anak didik SRAISC.
Marilah kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah agar segera mengangkat wabak penyakit
ini dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa di mana murid-murid dapat belajar, dapat
bersukan dan dapat menzahirkan seluruh bakat yang mereka ada dengan bebas demi kejayaan yang
lebih cemerlang dan berkualiti di masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
Puan Rabiah binti Saifuddin
Guru Besar
SRAI Sg. Chinchin.
5

