Page 7 - Buku program pibg 2021 e
P. 7
هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلا
SYUKUR ALHAMDULILLAH, salam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarga dan para sahabat baginda. Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat
Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya kita semua dapat berkumpul di sini untuk melaksanakan
Mesyuarat Agung PIBG SRAISC kali ke 22.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah adalah bertujuan untuk
mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Permuafakatan seumpama ini
diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha
untuk meningkatkan muru pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid selain mempertingkatkan
kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komunit setempat. Di samping itu PIBG
juga mempunyai peranan “saling melengkapi” terhadap fungsi Jabatan dalam menyediakan
prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di
sekolah berkenaan.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah ini telah mencapai umur 22 tahun. Saban tahun fungsi
persatuan ini semakin meningkat bagi memastikan anak-anak SRAISC mencapai kecemerlangan yang
dihajati. Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila ia dipacu dengan pengajaran yang
berkualiti oleh guru serta mendapat sokongan padu dari ibu bapa.
Jelas di sini bahawa peranan PIBG adalah untuk meningkatkan kemesraan dan persefahaman di antara
guru-guru dan ibu bapa agar kedua-dua pihak dapat berkomunikasi dengan lebih baik untuk
memajukan perkembangan dan kebajikan murid sepanjang berada di sekolah.
Justeru itu adalah diharapkan agar ibu bapa sentiasa mengambil pendekatan untuk berbincang
dengan pihak sekolah sekiranya timbul sebarang isu bagi mengelakkan timbulnya salah faham atau
perselisihan yang berpanjangan. Persefahaman dan perhubungan baik antara ibu bapa dan guru akan
memberi impak positif terhadap pendidikan anak-anak SRAISC.
Terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SRAISC 2018-2021 yang telah menabur bakti dan
tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SRAISC 2021-2023 yang akan dilantik sebentar lagi.
Saya percaya barisan AJK baru akan memberi lebih banyak komitmen mereka kepada pihak sekolah
demi masa depan anak-anak SRAISC.
Sehubungan dengan itu, dengan lafaz ميحرلا نمحرلا الله مسب saya merasmikan Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin kali ke 22.
Sekian. Wassalam.
Puan Arjuna binti Ismail
Pen.Pegawai Tadbir Agama Daerah
Unit Pendidikan Islam
Daerah Gombak.
7

