Page 6 - Buku program pibg 2021 e
P. 6

UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG


                                            هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلا



               Alhamdulillah saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana
               dengan izinNya kita dapat bertemu lagi bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
               Guru Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin kali ke 22 yang sepatutnya diadakan pada
               tahun 2020.

               Tahun 2020 sehingga awal 2021 adalah tahun yang sangat mencabar bagi kita semua. Seluruh dunia
               terkesan dengan pandemic Covid19 apatah lagi sektor pendidikan. Kita dapat lihat sekolah terpaksa
               ditutup dan murid tidak dapat bersekolah seperti biasa. Oleh kerana itu pelaksanaan pengajaran dan
               pembelajaran  secara  dalam  talian  telah  dilaksanakan  dalam  tempoh  tersebut.  Mungkin  ada
               kekurangan di sana dan di sini tetapi kita juga maklum bahawa perkara begini pertama kali terjadi dan
               kita harus berterimakasih kepada semua guru atas segala usaha yang telah mereka lakukan untuk
               memastikan murid-murid terus mendapat ilmu yang sepatutnya.

               Kini sekolah telah dibuka semula dan kita berdoa agar semuanya berjalan lancar dan semua pihak
               mematuhi  SOP  yang  telah  ditetapkan  oleh  pihak  kerajaan  dan  saling  bantu  membantu  untuk
               menambahbaik  apa-apa  perkara  sekiranya  terdapat  sebarang  kekurangan.  Tuan/puan  boleh
               berhubung  dengan  pihak  sekolah  untuk  meluahkan  pendapat  dan  pandangan  dan  janganlah
               melemahkan semangat guru-guru dengan terus membuat aduan kepada pihak atasan. Kami barisan
               AJK PIBG dan pihak sekolah memohon jasa baik semua ibu bapa untuk bersama-sama memastikan
               anak-anak dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan selamat bagi melahirkan generasi masa
               hadapan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

               Dalam  mesyuarat  kali  ini  tuan/puan  akan  memilih  barisan  Ahli  Jawatankuasa  yang  baru.  Kami
               berharap agar barisan AJK yang baru dapat memberi khidmat bakti yang lebih baik dan lebih hebat
               lagi demi membawa SRAISC ke arah kecemerlangan dalam semua aspek.
               Akhir  sekali  saya  mewakili  barisan  AJK  PIBG  2018-2021  menyusun  jari  memohon  kemaafan  jika
               terdapat sebarang kekurangan dan perasaan tidak puas hati kerana kami mengakui segala kelemahan
               datang dari diri kami sendiri dan segala kebaikan datangnya dari Allah SWT.

               Sekian. Terimakasih

               En. Mazeni bin Keling
               YDP PIBG
               SRAI SG. CHINCHIN










                                                            6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11