Page 10 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 10

2.  Guru membimbing  murid meneliti  dan memahami  soalan

                       karangan di bawah.

                                                  Domain Peribadi




                          Kesihatan tidak hanya melibatkan soal makanan tetapi

                          berkait  rapat  dengan proses gaya hidup  dan
                          penjagaan emosi. Selain pengambilan makanan tidak
                          seimbang, merokok  dan alkohol, masalah emosi dan
                          tekanan juga merupakan salah satu punca kesihatan

                          merosot dan kemudian timbulnya penyakit.


                                       Sumber: Sinar Harian Online, 20 Februari 2020.







                       Petikan  akhbar  di  atas menunjukkan bahawa  kesihatan
                       merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam

                       kehidupan seseorang. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
                       memastikan individu membudayakan gaya hidup sihat.

                       Huraikan langkah-langkah yang  boleh dilakukan  oleh ibu

                       bapa bagi menjamin kesihatan ahli keluarga.


                                                  Analisis Soalan

                 1  Tema                  Kesihatan

                 2  Kehendak              Menulis tentang langkah-langkah yang boleh

                      Tugasan             dilakukan oleh ibu  bapa  bagi  menjamin
                                          kesihatan ahli keluarga.

                 3  Format                Tiada






                                                           10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15