Page 15 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 15
Langkah 2:
Membina perenggan isi dengan menggunakan tautan
perulangan sama.
1. Guru menerangkan konsep tautan perulangan sama dalam
perenggan isi:
Tautan perulangan sama dalam perenggan isi
bermaksud perkataan dan frasa tertentu yang
mendukung isi karangan diulang banyak kali.
Pengulangan kata dan frasa ini digunakan bagi
mengawal perbincangan agar ayat-ayat dalam
perenggan isi sentiasa bertautan antara satu sama lain
dalam membincangkan isi berkenaan.
Melalui pengulangan kata dan frasa dalam perenggan
isi, pembaca dengan jelas dapat memahami bahawa
setiap perenggan isi memfokuskan kepada satu isi
sahaja.
Gabungan daripada perenggan isi dalam karangan
akan memancarkan tema karangan yang hendak
dibincangkan.
15

