Page 12 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 12
3. Guru kemudiannya membimbing murid mengisi tempat
kosong dengan tautan perulangan sama yang sesuai.
(1) _________________ amat penting dalam kehidupan
manusia sehari-hari. (2) Melalui _________________ yang baik,
seseorang itu akan dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa
sebarang halangan. (3) _________________ dapat disifatkan
sebagai keadaan tubuh badan yang bebas daripada sebarang
penyakit fizikal dan mental. (4) Namun, dalam era globalisasi kini,
masalah _________________ telah membelenggu kebanyakan
institusi keluarga di negara ini. (5) Ibnu Majah ada meriwayatkan
bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang
bermaksud bahawa mintalah kepada Tuhanmu _________________
dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tiada perkara yang lebih
baik daripada kesihatan dan kesejahteraan selepas keimanan. (6)
Terdapat langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
bagi menjamin _________________ ahli keluarga.
12

