Page 12 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 12

MINIT
                  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)


                                               Memilih  Pengerusi  Bagi  Mempengerusikan  Mesyuarat  Agung
                                               Tahunan Kali Ke 20 ini.

                                      1.2.     Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin, Setiausaha KOJUTA
                                               seterusnya  memohon  anggota  untuk  memberikan  cadangan
                                               nama untuk mempengerusikan mesyuarat ini.

                                      1.3.     Tuan Sr Haji Mohamed bin Ismail, Tuan Sr Haji Ahmad Shauqi
                                               bin Nawawi, Tuan Sr Nordin bin Md dan Tuan Sr Haji  Nik  Afinde
                                               bin Nik Yaakub mencadangkan Tuan Sr Haji Sirajudin bin Haji
                                               Ahmad,  Pengerusi  sebagai  Pengerusi  bagi  mempengerusikan
                                               Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 20.

                                      1.4.     Cadangan mereka disokong oleh Tuan Sr Muhammad Adam Ta
                                               Kuan Hen, Tuan Sr Zul Majid bin Mokhtar Bazin dan Tuan Sr Haji
                                               Hassan bin Zulkifli.

                                      1.5.     Keputusan:

                                               Mesyuarat  sebulat  suara  bersetuju  melantik  Tuan  Sr  Haji
                                               Sirajudin  bin  Haji  Ahmad  bagi  mempengerusikan  Mesyuarat
                                               Agung Tahunan KOJUTA Kali Yang Ke 20.

                                      1.6.     Pengerusi  Mesyuarat  mengucapkan  terima  kasih  dan
                                               seterusnya  meneruskan  mesyuarat  dengan  memaklumkan
                                               bahawa Notis Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 20
                                               telah diedarkan pada 08 September 2021. Kehadiran semasa
                                               yang  dimaklumkan  kepada  beliau  adalah  seramai  126  orang
                                               anggota  memenuhi  keperluan  kuorum  yang  diluluskan  oleh
                                               Suruhanjaya  Koperasi  Malaysia  (SKM)  seramai  89  orang
                                               anggota.

                                      1.7.     Pengerusi  Mesyuarat  memaklumkan  bahawa  oleh  kerana
                                               pendemik  mesyuarat  secara  virtual  ini  hanya  dapat
                                               memperlihatkan seramai lima (5) orang daripada sebelas (11)
                                               orang  Anggota  Lembaga  hadir.  Lima  (5)  Anggota  Lembaga
                                               adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha,
                                               Bendahari  dan  Tuan  Sr  Haji  Mohamed  Nordin  bin  Sabran
                                               (Anggota Lembaga) sebagai penasihat.

                                      1.8.     Pengerusi  Mesyuarat  melantik  Setiausaha  iaitu  Tuan  Sr  Haji
                                               Khairul Saleh bin Jamaludin sebagai Pencatit Minit Mesyuarat
                                               Agung Tahunan Kali Ke 20.





                  Laporan Tahunan 2021                                                              10
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17