Page 16 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 16
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
4.5. Keputusan:
Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengesahkan dan
meluluskan Laporan Lembaga 2020, Laporan Jawatankuasa
Audit Dalaman Mengenai Akaun-Akaun Teraudit Bagi Tahun
2020 dan Pandangan Suruhanjaya Ke Atas Akaun Dan Kunci
Kira-Kira Berakhir Pada 31 Disember 2019.
AGENDA 5 : MEMBENTANG, MENIMBANG DAN MELULUSKAN LAPORAN JURUAUDIT
LUAR 2020, LAPORAN BERKANUN ANGGOTA 2020, PENYATA AKAUN
TERAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020 DAN SUBSIDIARI
ATAU SUBSIDIARI-SUBSIDIARINYA JIKA ADA DAN CADANGAN
PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN
5.1. Pengerusi Mesyuarat seterusnya memaklumkan bahawa
Agenda 5 ini iaitu membentang, menimbang dan meluluskan
Laporan Juruaudit Luar 2020, Laporan Berkanun Anggota 2020,
Penyata Akaun Teraudit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020
Dan Subsidiari Atau Subsidiari-Subsidiarinya Jika Ada Dan
Cadangan Pembahagian Keuntungan akan dibincangkan
bersama dengan Agenda 6 iaitu Membentang, Menimbang
Dan Meluluskan Anggaran Pendapatan Dan Perbelanjaan Bagi
Tempoh 2021 Dan Anggaran Penerimaan Dan Pembayaran
Tunai Dari 01/01/2021 Hingga 31/12/2021.
5.2. Pengerusi Mesyuarat seterusnya meminta Tuan Sr Mok Kam
Loong, Bendahari Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad
(KOJUTA) untuk membentangkannya.
5.3. Bendahari melaporkan bahawa semua maklumat Laporan
Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020 adalah
merujuk dari Muka Surat 60 hingga Muka Surat 103 Buku
Laporan Tahunan 2020. Beliau membentangkan beberapa
perkara yang penting.
5.4. Bendahari mohon semua anggota merujuk kepada laporan
Penyata Pendapatan Komprehensif Bagi Tahun Kewangan
Berakhir 31 Disember 2020 di Muka Surat 68.
5.5. Bendahari melaporkan bahawa terdapat kesilapan cetakan di
bahagian Pendapatan – Pendapatan Daripada Operasi: Projek
Penternakan Ayam Pedaging Secara Kontrak 2020
RM9,931,771 dan Pelbagai Pendapatan 2020 RM9,931,771.
Lapora yang betul adalah Pendapatan – Pendapatan
Laporan Tahunan 2021 14

