Page 17 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 17

MINIT
                  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)


                                               Daripada Operasi: Projek Penternakan Ayam Pedaging Secara
                                               Kontrak  2020  RM9,931,771  sepertimana  yang  telah
                                               dikongsikan di skrin untuk makluman semua anggota.

                                      5.6.     Bendahari  melaporkan  secara  ringkas  pendapatan  yang
                                               diperolehi  oleh  KOJUTA  bagi  Tahun  Kewangan  Berakhir  31
                                               Disember  2020  adalah  Projek  Penternakan  Ayam  Pedaging
                                               Secara  Kontrak  RM9,931,771,  Perkhidmatan  Ar  Rahnu
                                               RM910,542,  Sewa  Bangunan  Diterima  RM343,383,  Bayaran
                                               Perkhidmatan  Pinjaman  RM382,356,  Faedah  Atas  Simpanan
                                               Tetap RM8,892, Dividen Pelaburan RM69,390, Jualan Minyak
                                               Masak  RM1,763,  Jualan  Buku  Kerja  Luar  dan  Peralatan  Ukur
                                               RM94,208  dan  Pelbagai  Pendapatan  RM72,543  menjadikan
                                               jumlah   pendapatan     keseluruhan    diterima   adalah
                                               RM11,814,848.

                                      5.7.     Daripada amaun pendapatan tersebut, kos perbelanjaan Projek
                                               Penternakan Ayam Pedaging Secara Kontrak RM9,052,616 yang
                                               memberikan keuntungan sebanyak RM879,156, kos Operasi Ar
                                               Rahnu RM409,734, memberikan keuntungan RM500,808, kos
                                               Pembelian  Buku  Kerja  Luar  dan  Pembelian  Minyak  Masak  di
                                               mana  mencatatkan  jumlah  kos  jualan  keseluruhan  adalah
                                               RM9,497,353.

                                      5.8.     Manakala Perbelanjaan Am pula terdiri daripada Elaun Anggota
                                               Lembaga Koperasi RM64,841, Faedah Pinjaman JPK RM66,182,
                                               Susutnilai Hartanah, Loji dan Peralatan RM364,411, Susutnilai
                                               Pelaburan  Hartanah  RM38,025  dan  Pelbagai  Perbelanjaan
                                               RM1,195,794  (yang  meliputi  gaji  dan  sebagainya  seperti
                                               merujuk di Nota 36, Muka Surat 99 dan Muka Surat 100 Buku
                                               Laporan Tahunan 2020) yang menjadikan jumlah perbelanjaan
                                               am  keseluruhan  adalah  RM1,729,253.  Jumlah  besar
                                               perbelanjaan adalah RM11,226,606.

                                      5.9.     Keuntungan  Bersih  adalah  RM588,242  ditambah  dengan
                                               Pelunasan  Geran  Perbelanjaan  Operasi  RM172,925  yang
                                               menjadikan jumlah Keuntungan Besih yang diperolehi adalah
                                               RM761,167.

                                      5.10.    Bendahari  seterusnya  meminta  anggota  merujuk  kepada
                                               Laporan  Penyata  Pembahagian  Keuntungan  bagi  Tahun
                                               Kewangan Berakhir 31 Disember 2020 di Muka Surat 67 Buku
                                               Laporan  Tahunan.  Beliau  melaporkan  daripada  jumlah
                                               Keuntungan  Bersih  RM761,167  ianya  dibahagikan  kepada
                                               Kumpuan Wang Rizab Berkanun sebanyak RM91,340 (12%),

                  Laporan Tahunan 2021                                                              15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22