Page 79 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 79

LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
                  (Ditubuhkan di Malaysia)

                  NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
                  BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 (SAMB.)
                  2.     DASAR-DASAR PERAKAUNAN (SAMB.)

                         m)      Pengiktirafan Pendapatan (samb.)
                                 (ii)   Jualan Barangan Dan Perkhidmatan
                                      Hasil daripada jualan barangan diiktiraf apabila risiko dan ganjaran yang
                                      signifikan  daripada  pemilikan  barangan  telah  dipindahkan  kepada
                                      pembeli.

                                 (iii)  Dividen
                                      Dividen diiktiraf apabila hak pemegang saham untuk menerima bayaran
                                      telah dipastikan

                                 (iv)  Faedah Daripada Simpanan Tetap
                                      Pendapatan faedah daripada simpanan tetap diiktiraf pada asas akruan
                                      dengan mengambil kira hasil efektif aset.

                                 (v)   Sewa Diterima Dari Unit Hartanah
                                      Sewa diiktiraf pada asas akruan.
                                 (vi)  Lain-lain Pendapatan
                                      Lain-lain pendapatan diiktiraf pada asas akruan.
                         n)      Cukai

                                 Cukai  di  dalam  Penyata  Kewangan  terdiri  daripada  cukai  semasa  dan  cukai
                                 tertunda.
                                 Cukai  semasa  adalah  amaun  cukai  pendapatan  yang  dijangka  perlu  dibayar
                                 berkenaan dengan keuntungan bercukai bagi tahun dan dikira menggunakan
                                 kadar cukai yang berkuatkuasa pada tarikh lembaran imbangan.
                                 Peruntukan  bagi  cukai  tertunda  dibuat  menggunakan  kaedah  liabiliti  untuk
                                 semua perbezaan sementara di antara asas cukai aset-aset dan liabiliti-liabiliti
                                 dan amaun pembawanya di dalam Penyata Kewangan.
                                 Liabiliti cukai tertunda adalah diambilkira ke atas semua perbezaan sementara
                                 yang dikenakan cukai. Aset cukai tertunda diambilkira ke atas semua perbezaan
                                 sementara  yang  boleh  ditolak,  kerugian  cukai  dan  kredit  cukai  yang  belum
                                 digunakan, setakat mana keuntungan bercukai berkemungkinan akan tersedia,
                                 yang mana boleh digunakan ke atas perbezaan sementara yang boleh ditolak,
                                 iaitu terdiri daripada kerugian cukai dan kredit cukai yang belum digunakan.
                         o)      Ganjaran Kakitangan

                                 (i)   Ganjaran Jangka Pendek
                                      Upah, gaji, bonus dan caruman keselamatan sosial adalah diiktiraf
                                      sebagai perbelanjaan pada tahun di mana khidmat berkaitan diberi oleh

                                                           21
                  Laporan Tahunan 2021                                                              77
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84