Page 80 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 80

LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
                  (Ditubuhkan di Malaysia)

                  NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
                  BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 (SAMB.)

                  2.     DASAR-DASAR PERAKAUNAN (SAMB.)
                         o)     Ganjaran Kakitangan (samb.)

                                 (i)   Ganjaran Jangka Pendek (samb.)

                                      kakitangan Koperasi. Ketidakhadiran berganjaran yang tidak terkumpul
                                      jangka  pendek  seperti  cuti  sakit  adalah  diambil  kira  apabila
                                      ketidakhadiran tersebut terjadi.

                                 (ii)   Pelan Caruman Wajib
                                      Seperti  yang  dikehendaki  oleh  undang-undang,  korporat-korporat  di
                                      Malaysia membuat caruman kepada skim pencen negeri, iaitu Kumpulan
                                      Wang  Simpanan  Pekerja  (KWSP).  Caruman  ini  diiktiraf  sebagai
                                      perbelanjaan di dalam tempoh masa yang berkaitan dengannya.
                         p)      Instrumen Kewangan

                                 Instrumen  kewangan  diiktiraf  dalam  lembaran  imbangan  apabila  Koperasi
                                 menjadi  salah  satu  pihak  yang  diperuntukkan  oleh  kontrak  instrument
                                 berkenaan.

                                 Instrumen kewangan dikelaskan sebagai liabiliti atau ekuiti menurut kandungan
                                 perjanjian kontrak. Faedah, dividen, keuntungan dan kerugian yang berkaitan
                                 dengan  instrumen  kewangan  dijelaskan  sebagai  liabiliti,  dilaporkan  sebagai
                                 perbelanjaan atau pendapatan.
                                 Pengagihan kepada pemegang instrumen kewangan yang dikelaskan sebagai
                                 ekuiti dicaj secara langsung kepada ekuiti. Instrumen kewangan dikurangkan
                                 apabila Koperasi mempunyai hak boleh laksana yang sah di sisi undang-undang
                                 untuk mengurangkan dan berhasrat untuk menjelaskan samada secara bersih
                                 atau untuk merealisasikan aset dan menjelaskan liabiliti secara serentak.
                         q)      Pembangunan hartanah

                                 Pembangunan  hartanah  adalah  kos  yang  terlibat  secara  langsung  untuk
                                 memajukan tanah pajakan di Mukim Ulu Klang termasuk kos tanah dan lain-
                                 lain kos langsung. Kos tanah adalah pada nilai kos dan tidak disusutnilaikan.















                                                           22
                  Laporan Tahunan 2021                                                              78
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85