Page 2 - buku program MAPC PPSA 2018.doc
P. 2

2






                                                             Sekapur Sirih
                                                             DEKAN

                                                             PUSAT PENGAJIAN SAINS
                                                             ASAS





            Assalamualaikum wrt.wbt. dan Salam Sejahtera.

            Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, Pusat Pengajian Sains Asas dapat
            menganjurkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Pusat Pengajian Sains Asas bagi Sesi Akademik
            2017/2018 buat kali kedua. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pelajar dan graduan yang
            berjaya  menunjukkan  prestasi  cemerlang  sehingga  dipilih  untuk  menerima  anugerah  dalam
            pelbagai kategori yang ditetapkan.

            Sebagai satu bentuk sokongan warga Pusat Pengajian Sains Asas dan penghargaan kepada pelajar
            dan  graduan  yang  telah  mencapai  prestasi  cemerlang  bagi  Sesi  Akademik  2017/2018,  Majlis
            Anugerah  Pelajar  Cemerlang  Pusat  Pengajian  Sains  Asas  ini  diadakan  dengan  harapan  ia  akan
            menjadi  pencetus  semangat  dan  motivasi  untuk  mereka  terus  cemerlang  dimasa  akan  datang.
            Kejayaan ini juga diharapkan akan menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar lain untuk
            turut berusaha ke arah kecemerlangan dalam akademik dan non akademik mereka.

            Saya  percaya,  kejayaan  yang  dikecapi  oleh  pelajar  dan  graduan  ini  adalah  hasil  usaha  dan
            komitmen  mereka  sendiri  untuk  menjadi  pelajar  yang  cemerlang  dan  holistik.  Namun  begitu,
            setiap kejayaan yang dicapai juga refleksi dari sokongan padu dan komitmen para pensyarah dan
            staf UMT khususnya di Pusat Pengajian Sains Asas dari awal mereka bergelar graduan di UMT. Di
            samping itu, pihak kami juga ingin merakamkan penghargaan dan syabas di atas sokongan tidak
            berbelah bahagi keluarga terutama ibu bapa pelajar.

            Diharapkan  kecemerlangan  ini  tidak  terhenti  setakat  ini  sahaja.  Kecemerlangan  yang  konsisten
            adalah  sangat  penting.  Semoga  Kejayaan  ini  dapat  diteruskan  ke  alam  pekerjaan  para  pelajar
            kelak,  seterusnya  menjadi  Duta  kecil  UMT  khususnya  Pusat  Pengajian  Sains  Asas  apabila  anda
            berada dalam kelompok masyarakat di luar sana. Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan tahniah
            dan  syabas  kepada  penerima  anugerah  dan  keluarga  di  atas  kecemerlangan  yang  telah
            ditunjukkan. Sekian, terima kasih.

            Selamat Maju Jaya.




            PROF. DR. AZIZ BIN AHMAD
            Dekan
            Pusat Pengajian Sains Asas




                                                                                                           2
   1   2   3   4   5   6   7