Page 4 - buku program MAPC PPSA 2018.doc
P. 4
4
Seulas Pinang
TIMBALAN PENGERUSI
JAWATANKUASA PELAKSANA
Assalamualaikum wrt.wbt. dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dan syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita
berkesempatan meraikan pelajar dan graduan cemerlang Pusat Pengajian Sains Asas buat kali
keempat. Bersempena Majlis Konvokesyen UMT, penganjuran majlis ini bertujuan meraikan pelajar
dan graduan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi Sesi Akademik 2017/2018.
Buat julung-julung kalinya PPSA mengambil pendekatan meraikan pelajar pasca siswazah yang
berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Malahan
itu, pelajar yang bergraduat mengikut tempoh pengajian juga akan diberi penghargaan bagi
menghargai penat lelah dan keringat mereka semasa dalam tempoh menamatkan pengajian
dengan jayanya. Tidak lupa, penghargaan buat penyelia-penyelia yang menjadi tulang belakang
kejayaan ini turut diraikan bersama dalam majlis ini. Syabas, teruskan usaha anda yang mulia dan
cemerlang ini.
Pengiktirafan ini mempunyai pengertian yang amat bermakna kepada kita semua khasnya kepada
penerima anugerah. Berkat usaha keras semua pihak, kecemerlangan telah mereka kecapi dan
diharapkan pengiktirafan ini akan menjadi pendorong untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih
besar di masa akan datang di samping menjadi ikutan para pelajar-pelajar lain.
Syabas diucapkan kepada penerima anugerah kerana telah menunjukkan komitmen dan dedikasi
sehingga mencapai kejayaan secara holistik sebagaimana yang diharapkan.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Pusat Pengajian Sains Asas bagi Sesi
Akademik 2017/2018, di atas sumbangan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan majlis
ini.
Sekian, terima kasih.
PROF. MADYA DR. WAN IRYANI BINTI WAN ISMAIL
Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan)
Pusat Pengajian Sains Asas
4

