Page 3 - buku program MAPC PPSA 2018.doc
P. 3
3
Seulas Pinang
PENGERUSI
JAWATANKUASA PELAKSANA
Assalamualaikum wrt.wbt. dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dan syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita
berkesempatan meraikan pelajar dan graduan cemerlang Pusat Pengajian Sains Asas buat kali
keempat. Bersempena Majlis Konvokesyen UMT, penganjuran majlis ini bertujuan meraikan pelajar
dan graduan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi Sesi Akademik 2017/2018.
PPSA mengambil pendekatan meraikan semua pelajar yang cemerlang, bukan hanya graduan
sahaja. Anugerah Graduan Terbaik Program, Hadiah Projek Ilmiah Tahun Akhir Terbaik, Hadiah
Pelajar Terbaik Program Tahun 1 dan Tahun 2 dan Anugerah Senarai Dekan merupakan anugerah
yang akan disampaikan dalam majlis ini.
Pengiktirafan ini mempunyai pengertian yang amat bermakna kepada kita semua khasnya kepada
penerima anugerah. Berkat gembelengan usaha semua pihak, kecemerlangan telah mereka kecapi
dan diharapkan pengiktirafan ini akan menjadi pendorong untuk mereka mencapai kejayaan yang
lebih besar di masa akan datang di samping menjadi ikutan pelajar-pelajar lain.
Syabas diucapkan kepada penerima anugerah kerana telah menunjukkan komitmen dan dedikasi
sehingga mencapai kejayaan secara holistik sebagaimana yang diharapkan.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Pusat Pengajian Sains Asas bagi Sesi
Akademik 2017/2018, di atas sumbangan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan majlis
ini.
Sekian, terima kasih.
DR. HAZLINA BINTI AHAMAD ZAKERI
Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar)
Pusat Pengajian Sains Asas
3

