Page 13 - NUMERASI
P. 13
12.4 PANDUAN PENGISIAN BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (BPPI)
i. BPPI mengandungi 12 konstruk.
ii. Setiap konstruk mengandungi bilangan item tertentu.
iii. Guru perlu melengkapkan BPPI dengan nama murid, kelas dan tahun.
iv. Guru perlu mencatat penguasaan murid bagi setiap konstruk dan tarikh pada ruangan yang
disediakan. Penggunaan simbol ( } ) dan ( ,, ) dibenarkan pada tarikh penguasaan yang sama.
v. Guru perlu melengkapkan ruangan nama guru dan tandatangan. Guru Besar tidak perlu
menandatangani BPPI.
vi. Murid dikategorikan menguasai sesuatu konstruk jika melepasi saringan membaca / lisan
dan menulis / bertulis.
vii. Murid menguasai saringan apabila melepasi kesemua 12 konstruk.
viii. Penguasaan konstruk diambil kira bagi menentukan sama ada murid memasuki Program
LINUS2.0 atau kelas aliran perdana.
ix. Murid yang tidak menguasai mana-mana Konstruk 1 hingga Konstruk 12 akan mengikuti
Program LINUS2.0.
x. Rujuk BPPI semasa pengisian data ke dalam Portal NKRA.
xi. Contoh pengisian BPPI adalah seperti berikut:
a. Literasi Bahasa Melayu (LBM)
Menguasai Tidak menguasai
Panduan Pentadbiran Saringan LINUS2.0 2018 13
LINUS2.0 © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2018

