Page 3 - NUMERASI
P. 3

1.  ARAHAN PERCETAKAN

                    1.1    Panduan Pentadbiran Saringan LINUS2.0 (LBM / LBI / Numerasi) ini disediakan dalam bentuk
                           pdf.
                    1.2    PPD / JPN / Sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti dalam Surat Siaran Kementerian
                           Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2016 - Perubahan Pelaksanaan Saringan LINUS2.0
                           Mulai Tahun 2016 bagi Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia dengan nombor
                           rujukan KPMSP.100-1/7/2(32) bertarikh 31 Mac 2016.
                    1.3    PPD / JPN / Sekolah mesti mencetak instrumen membaca / lisan dan Panduan Pentadbiran Saringan
                           LINUS2.0 (LBM / LBI / Numerasi).
                    1.4    Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) mesti dicetak dalam saiz A4.



               2.    PENGENALAN

               Satu daripada Minister Key Performance Indicators  (MKPI) Kementerian  Pendidikan  Malaysia (KPM)  pada
               tahun 2009  ialah “semua  murid berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan  numerasi  kecuali murid
               berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012”.

                       Pernyataan MKPI tersebut menuntut diadakan satu mekanisma untuk menentukan sama ada MKPI itu
               dapat dicapai atau tidak. Di samping itu, ia juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak
               menguasai Literasi dan  Numerasi. Diagnosis tentang apa yang tidak dikuasai, mengapa tidak  dikuasai dan
               bagaimana  pemulihan dapat dilaksanakan  merupakan indikator  penguasaan murid dalam  asas literasi dan
               numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

                       Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia  (LP, KPM)  telah dipertanggungjawabkan
               menghasilkan instrumen saringan untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi
               dan numerasi semasa berada di Tahap Satu.

                       Instrumen  Saringan  Literasi dan Numerasi  (Literacy and Numeracy Screening  atau LINUS)  direka
               bentuk berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan asas numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh
               pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item
               bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara
               yang dipelajari murid dalam tahun berkenaan.


               3.    FASA PELAKSANAAN SARINGAN TAHUN 2018

               Jadual 1 menunjukkan tarikh pelaksanaan saringan LINUS2.0 :

                                  SARINGAN 1                                        SARINGAN KHAS
                                                         SARINGAN 2
                 PERKARA       TAHUN 1, 2 & 3 (LBI)   TAHUN 1, 2, 3 DAN DLP           LBI TAHUN 4
                              TAHUN 3 (LBM / NUM)                            SARINGAN 1       SARINGAN 2
                 MEMBACA      01 Mac 2018 – 06 April   01 Ogos  2018 – 14 Sept   04 – 09 Mac 2018   05 – 10 Ogos 2018
                  / LISAN            2018                    2018
                 MENULIS /      08 – 20 April 2018   30 Sept  2018 – 12 Okt 2018   15 – 20 April 2018   07 – 12 Okt 2018
                 BERTULIS
                 PENGISIAN   22 April 2018 – 04 Mei 2018   14 – 26 Okt 2018   22 April 2018 –    14 – 26 Okt 2018
                   DATA                                                       04 Mei 2018

                                                         Jadual 1















               Panduan Pentadbiran Saringan LINUS2.0 2018   3
               LINUS2.0 © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2018
   1   2   3   4   5   6   7   8