Page 3 - Teks Ucapan Pengacara Majlis
P. 3
TEKS PENGACARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32 / 2021
SK CONVENT GREEN LANE
TARIKH:23 OKTOBER 2021 (SABTU)
MASA: 8.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT: RUMAH MASING-MASING (GOOGLE MEET)
MASA CUE ANN 1 (ZIELA)
Pendaftaran ibu Sidang hadirin yang dimuliakan,
8.45 pagi bapa / penjaga
Salam hormat dan selamat datang ke Mesyuarat Agung Persatuan
Pengumuman Ibu Bapa dan Guru SK Convent Green Lane Kali Ke-32 yang
Tatacara Majlis julung kali diadakan secara maya.
Majlis akan bermula sebentar lagi.
Bagi pihak jawatan kuasa, saya ingin menyampaikan beberapa
makluman kepada para hadirin.
1. Mohon kerjasama daripada semua hadirin menutup
mikrofon sepanjang majlis untuk mengelakkan gangguan
dan digalakkan membuka kamera.
2. Sila tetapkan telefon anda pada auto-rotate untuk
mendapat paparan penuh dan jelas.
3. Minta mengisi kehadiran dan mendapatkan Buku
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 31 menggunakan pautan
yang disediakan.
4. Diharap hadirin kekal di dalam talian sehingga penghujung
majlis kerana 20 Cabutan bertuah secara berperingkat di
adakan sepanjang majlis ini berlangsung kerana cabutan
bertuah adalah berdasarkan kehadiran yang diisi oleh tuan
puan melalui pautan yang disediakan.
5. Atur cara majlis adalah seperti yang tertera pada buku
program.
6. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian untuk
berdiri dan menyanyikan Lagu Negaraku dengan penuh
bersemangat pada pukul 9 pagi.
Sekian sahaja makluman awal.
Semoga mendapat kerjasama daripada semua yang hadir.
1

