Page 5 - Teks Ucapan Pengacara Majlis
P. 5

Ahli-ahli jawatan kuasa PIBG, ibu bapa dan guru sekalian.

                                        Hadirin yang dihormati,

                                        Majlis  terlebih  dahulu  mengucapkan  jutaan  terima  kasih  atas
                                        keprihatinan  serta  kesudian  para  ibu  bapa  dan  penjaga  untuk
                                        bersama-sama menjayakan majlis ini.

                                        Bulat air kerana pembentung
                                        Bulat manusia kerana muafakat
                                        Faham sesuai, benar seukur
                                        Bulat segolek, pipih Selayang

                                        Rundingan jangan selisih
                                        Muafakat jangan bercanggah
                                        Tuah pada sekata
                                        Berani pada seia


                                        Ambillah resmi lidi,
                                        Jika sebatang mudah dipatah,
                                        Jika seikat sukar dikerat.

                                        Yang berat sama dipikul,
                                        Yang ringan sama dijinjing.

                                        Hati gajah sama kita lapah,
                                        Hati kuman sama kita cecah.
                                        Gunung sama kita daki,
                                        Lurah sama kita turuni.


                                        Berhimpun di alam maya, majlis bermula tirai dibuka, menjayakan
                                        Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Convent
                                        Green Lane  Kali Ke-32.


         MASA              CUE                                      ANN 6 (NORA)

                                        Sidang hadirin yang dihormati,
                     Bacaan Doa
                                        Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita
                                        menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
                                        mendapat rahmat.  Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya
                                        mempersilakan Al-fadhil Ustaz Nur Muhamad Firdaus untuk
                                        memimpin bacaan doa.  Dipersilakan.










                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10