Page 7 - Teks Ucapan Pengacara Majlis
P. 7

MASA              CUE                                     ANN 10 (ZIELA)

                     Selepas Video      Dengan terpancarnya gimik perasmian itu tadi,
                     Gimik              maka rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG
                     Pelancaran         Sk Convent Green Lane Kali ke-32 bagi tahun 2021.


                                        Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

                                        Seorang pemimpin yang hebat,
                     Ucapan YDP         Menjadi suluh dalam gelita,
                     PIBG               Menjadi penawar dalam bisa,
                                        Menjadi penenang dalam duka,
                                        Menjadi penyejuk dalam derita,
                                        Menjadi penyabar dalam murka.


                                        Bagi  meneruskan  acara,majlis  mempersilakan  Yang  Berusaha
                                        Tuan Syed Ahmad Safarudin Bin Tuan Syed Zainal Abidin Yang
                                        Dipertua PIBG SK Convent Green Lane
                                        Untuk mengungkapkan bicara.

                                        Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


         MASA                 CUE                                  ANN 11 (ZIELA)
                     Selepas            Tenang-tenang air di laut,
                     ucapan YDP         Sampan kolek mudik ke tanjung,
                     PIBG               Hati terkenang mulut menyebut,
                                        Budi tuan rasa nak junjung.

                                        Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
                                        Yang BerusahaTuan Syed Ahmad Safarudin atas ucapan itu tadi.


         MASA              CUE                                     ANN 12 (ZIELA)

                     Ucapan             Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,
                     penasihat
                     PIBG (GB)          Di sini ada pekerja yg tekun berusaha ,
                                        Di sini ada pentadbir yg tidak pernah kenal erti putus asa ,
                                        Di sini ada ketua yang berjasa ,
                                        Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

                                        Majlis diteruskan dengan mempersilakan
                                        Yang Berusaha Puan Noor Azian bt Ahmad
                                        Guru Besar, SK Convent Green Lane selaku penasihat PIBG untuk
                                        memberikan ucapan.

                                        Dengan segala hormatnya dipersilakan.






                                                            5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12