Page 115 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 115

Manual Pengurusan SKDWA  2020


               DASAR 2        :      KEMASUKAN PELAJAR

               2.1    Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan.

               2.2    Setiap  maklumat  murid  akan  didaftarkan  ke  dalam  buku  rekod  pendaftaran
                      dan dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan sentiasa memastikan
                      data peribadi murid dikemaskini dengan lengkap dan terkini.

               2.3    Setiap  murid    akan  ditempatkan  di  kelas-kelas  berdasarkan  prestasi
                      akademik.

               2.4    Sekolah  melaksanakan  Program  Hari  Pendaftaran  murid  tahun  1  dan  pra
                      sekolah.

                      Aturcara Majlis :

                      2.4.1  Pengesahan pendaftaran
                      2.4.2  Taklimat oleh pihak pentadbiran sekolah


                      2.4.3  Pengagihan buku Teks.
               2.5    Memasukkan  data  murid  ke  dalam  buku  rekod  pendaftaran  sekolah  (  guru
                      kelas  )  dan  Aplikasi  Pengkalan  Data  Murid  (APDM)  sebelum  akhir  bulan
                      Januari.



               DASAR 3        :      DISIPLIN PELAJAR

               3.1    Setiap  murid  diwajibkan  memiliki  sebuah  buku  “  Peraturan  Sekolah  “  dan
                      mematuhi peraturan di dalamnya pada setiap masa.

               3.2    Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama. Semua
                      murid lelaki dikehendaki memakai tali leher.

               3.3    Membuat  pelantikan  pengawas  sekolah  yang  terdiri  daripada  murid  tahun
                      empat hingga tahun enam. Bilangan pengawas adalah 10% daripada bilangan
                      keseluruhan murid pada tahun semasa.

               3.4    Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :

                      3.4.1  Pencalonan oleh guru kelas.

                      3.4.2  Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan  badan pengawas sekolah.

                      3.4.3  Menghadiri Kursus kepimpinan  bagi pelaksanaan tugas dan

                                    tanggungjawab.

                      3.4.4  Majlis penyerahan watikah pelantikan  dilaksanakan sebelum bulan
                              Februari.



                  114
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120