Page 116 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 116
Manual Pengurusan SKDWA 2020
3.5 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke
lembaga Disiplin Sekolah. Ibu bapa atau penjaga murid yang dihadapkan
kepada lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah.
3.6 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “ nasihat dan bimbingan “ ( Badan
Kaunseling dan Bimbingan ) dalam menangani permasalahan disiplin pelajar
di mana semua murid yang melakukan kesalahan akan dirujuk kepada guru
bimbingan dan kaunseling untuk sesi bimbingan dan hanya akan diambil
tindakan selepas tiada perubahan sikap murid terlibat.
3.7 Memastikan murid sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang
tidak bermoral seperti berikut ; ponteng sekolah , merokok , pergaduhan,
kelakuan lucah, membuli , kurang ajar atau biadap dan merosakkan harta
benda sekolah @ awam ( VANDALISME ).
3.8 Ibu bapa murid yang melanggar peraturan sekolah akan dipanggil ke sekolah
untuk tujuan makluman dan penyelesaiaan masalah dan laporan akan
disediakan bagi tujuan rekod dan rujukan.
3.9 Semua murid yang tertera namanya dalam buku pemantauan kelas beserta
kesalahan yang dilakukannya sepanjang masa dia berada dalam kawasan
sekolah akan dipanggil untuk tujuan siasatan dan akan dihantar untuk
bertemu guru bimbingan dan kaunseling bagi sesi perubahan sikap.
3.10 Bagi murid yang ponteng kelas dan ponteng sekolah secara berkala tindakan
akan diambil seperti berikut:
3.10.1 Surat amaran pertama
3.10.2 Surat amaran kedua
3.10.3 Surat amaran terakhir dan buang sekolah.
3.11 Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu
memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah ( guru kelas ) @
menelefon ke sekolah untuk memaklumkan sebab tidak hadir. Pelajar yang
tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut –turut akan
dicatat sebagai ponteng sekolah.
3.12 Bagi kesalahan serius pihak sekolah akan meminta nasihat dan merujuk
kepada bapa angkat polis bagi tujuan penyelesaian masalah.
3.13 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang
dirancang. Antara program yang boleh digunapakai ;
i. Program Sekolah Penyayang
ii. Program Kebersihan dan keceriaan kelas dan sekolah
iii. Program Sambutan Majlis-majlis perayaan
iv. Program Disayangi
115

