Page 118 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 118
Manual Pengurusan SKDWA 2020
4.4.4 Penyediaan tong sampah dalam keadaan sentiasa tertutup dan mencukupi
keperluan.
4.5 Mewujudkan tabiat sayang dan sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :
4.5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
4.5.2 Gotong royong
4.5.3 Mengutip sampah dan memasukkan ke dalam tong sampah secara
spontan bila ianya dijumpai.
4.5.4 Tidak membuang sampah merata-rata.
4.6 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa @ penjaga
dan merekodkannya dalam buku rekod kesihatan murid ( buku biru ).
4.7 Ibu bapa @ penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat
semasa berada di sekolah.
4.8 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital , tanpa
menghubungi penjaga terlebih dahulu bagi kes-kes kecemasan bertujuan
menyelamatkan nyawa pelajar.
4.9 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai
masalah kesihatan seperti penyakit jantung berlubang, kanser, rabun dan
penyakit kronik lain.
4.10 Memastikan murid di sekolah ini mengamalkan “ BUDAYA HIDUP SIHAT”
DASAR 5 : KEBAJIKAN MURID
5.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu
melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
Masalah akan dirujuk ke Badan Kebajikan Masyarakat [ jika perlu ] .
5.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin
memberikan apa jua bentuk bantuan dan sumbangan kepada murid di
sekolah ini.
5.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah
demi menjaga maruah murid berkenaan.
5.4 Semua guru terutama guru kelas mesti sentiasa peka terhadap kemurungan,
reaksi tidak normal murid bagi mengesan masalah serius yang mungkin
dihadapi oleh murid.
117

