Page 24 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 24

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN


                                                    KOMITMEN GURU

               Antara komitmen guru yang perlu diberikan perhatian ialah :

                   1.  Panduan  Perkhidmatan  Cemerlang  dan  Tatasusila  Profesion  Perguruan  hendaklah
                       sentiasa menjadi panduan dan amalan semua guru.
                   2.  Membaca  dan  memahami  falsafah,  matlamat  dan  objektif  sekolah  serta  sentiasa
                       berusaha untuk mencapai objektif tersebut.
                   3.  Guru adalah satu profesion dan berusaha menjaga imejnya.
                   4.  Melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan
                       bertanggungjawab.
                   5.  Mengajar  dan  mendidik  murid  dengan  penuh  AMANAH,  KEIKHLASAN  dan  sentiasa
                       memberikan yang terbaik untuk bekalan masa depan mereka.
                   6.  Sentiasa  menunjukkan  dan  mengamalkan  imej  kepimpinan  dinamis  dan  kecekapan
                       menjalankan tugas.
                   7.  Elakkan  perilaku  yang  dianggap  bertentangan  dengan  tatasusila  profesion  perguruan
                       seperti ponteng tugas, pecah amanah, penyelewengan, cuai dan sebagainya.
                   8.  Berusaha  meningkatkan  prestasi  dan  nama  baik  sekolah  dengan  sedia  bekerjasama
                       dengan semua anggota warga sekolah dan luar sekolah.
                   9.  Menghadiri  semua  aktiviti  rasmi  sekolah  (perhimpunan  rasmi  dan  morning  prayers
                       (mesyuarat pagi), mesyuarat, kursus dan lain-lain).
                   10. Mengamalkan  MMI  (jual  beli  masa  PdPc)  apabila  meninggalkan  sekolah  atas  urusan
                       rasmi atau peribadi.


                                               WAKTU HADIR BERTUGAS

                   1.  Masa bertugas untuk semua guru sesi pagi dan petang adalah seperti berikut;


                       Guru Sesi Pagi
                       Isnin - Khamis  : sebelum 6.35 pagi - 1.00 tengah hari.
                       Jumaat        : sebelum 6.35 pagi - 11.40 pagi.

                       ** Masa kehadiran selepas 6.35 pagi adalah dikira lewat.


                       Guru Sesi Petang
                       Isnin - Khamis  : sebelum 11.30 pagi - 5.45 petang
                       Jumaat        : sebelum 1.00 tengah hari - 5.45 petang

                       ** Masa kehadiran selepas 11.30 pagi (Isnin hingga Khamis) dan selepas 1.00 petang
                       (Jumaat) adalah dikira lewat.

                                              PAKAIAN DAN PERSONALITI


                   1.  Guru  hendaklah  memakai  pakaian  yang  kemas  mengikut  peraturan  yang  ditetapkan
                       Pekeliling  Ikhtisas  Bil.  6/85,  serta  melambangkan  disiplin  dan  imej  profesion
                       perguruan.
                   2.  Tanda  nama  hendaklah  sentiasa  dipakai  semasa  bertugas  di  sekolah,  majlis  rasmi
                       sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah.
                   3.  Memakai pakaian sukan atau baju-T tidak dibenarkan semasa mengajar di dalam kelas,
                       mesyuarat sekolah dan majlis rasmi sekolah.
                   4.  Guru  lelaki  mestilah  memakai  tali  leher  sepanjang  berada  dalam  tugas  rasmi  kecuali
                       dalam keadaan tertentu seperti pengajaran PJK dan di bengkel.



                                                           22
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29