Page 25 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 25

5.  Pemakaian baju lengan pendek bagi guru lelaki adalah sangat tidak digalakkan.
                   6.  Pemakaian pakaian seragam unit berunifom (KRS bagi pentadbir) pada setiap hari Rabu
                       adalah  sangat  digalakkan  sesuai  dengan  Surat  Siaran  Kementerian  Pendidikan
                       Malaysia Bil. 19 Tahun 2013.
                   7.  Pakaian  dan  personaliti  guru  hendaklah  sentiasa  dalam  keadaan  segak  dan  kemas
                       supaya menjadi contoh yang baik kepada murid.


                                      URUSAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN

                   1.  Guru  bertanggungjawab  mengemaskinikan  maklumat-maklumat  perkhidmatan  dan
                       perjawatan  dengan  Pembantu  Tadbir  (Perkhidmatan  dan  Penjawatan)  yang  meliputi
                       aspek pelantikan, kursus induksi, pengesahan jawatan, pergerakan gaji, rekod cuti dan
                       pengumpulan cuti dan sebagainya.
                   2.  Guru  bertanggungjawab  mengemaskinikan  maklumat-maklumat  perkhidmatan  dan
                       perjawatan dalam Sistem online seperti e-Operasi, HRMIS dan sebagainya melalui AKP
                       dipertanggungjawabkan dan PKP.


                                KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS

                   1.  Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas kecuali atas
                       sebab-sebab urusan rasmi atau hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
                   2.  Guru yang perlu keluar dalam masa bertugas hendaklah memaklumkan sendiri kepada
                       pengetua/wakilnya  dengan  mengisi  Borang  Kebenaran  Keluar  Pejabat  dalam  HRMIS
                       dengan  mengemukakan  1  salinan  dokumen  sokongan  (jika  ada)  untuk  mendapatkan
                       kebenaran.
                   3.  Setelah mendapat kebenaran, guru perlu memaklumkan guru relif dengan menyerahkan
                       bahan/modul guru ganti.


                                      URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS

                   1.  Guru  mesti  merujuk,  membaca,  memahami  dan  mematuhi  arahan-arahan/pekeliling-
                       pekeliling  berkaitan  kebenaran  pelbagai  jenis  cuti  dan  tidak  hadir  bertugas.  Jika  ada
                       kelas guru perlu mematuhi dasar MMI.
                   2.  Dalam  keadaan  biasa,  guru  layak  mengambil  cuti  rehat  10  hari  dengan  syarat
                       pemohonan  cuti  itu  mestilah  dipohon  seminggu  lebih  awal  dengan  mengemukakan
                       borang  pemohonan  cuti  rehat  dengan  berjumpa  sendiri  dengan  pengetua  untuk
                       mendapatkan kebenaran/kelulusan, kecuali bagi 8 perkara yang dibenarkan dalam SPP
                       Bil. 1/2015.
                   3.  Jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan, guru mesti menghubungi
                       sendiri pengetua/wakilnya melalui telefon dengan segera antara 6.30 pagi hingga 7.00
                       pagi.
                   4.  Guru yang mendapat cuti tanpa rekod, perlu mengemukakan surat kebenaran cuti tanpa
                       rekod  daripada  pihak  yang  memberikan  cuti  itu  untuk  pengesahan  dan  kelulusan
                       pengetua dan mengemukakan borang cuti tanpa rekod yang telah dilengkapkan. Bagi
                       guru wanita yang akan cuti bersalin, perlu mengemukakan Borang Cuti Bersalin yang
                       kemaskini bagi tujuan rekod dan rujukan perkhidmatan.

               Nota : Guru wanita yang akan cuti bersalin dikehendaki :

                   •  Menyediakan  bahan-bahan  pembelajaran  seperti  kertas-kertas  nota/latihan/latih  tubi
                       untuk diberikan kepada murid dalam tempoh cuti bersalin. Bahan yang telah disediakan
                       hendaklah diserahkan kepada PKP untuk tindakan.
                   •  Memberitahu pengetua/setiausaha peperiksaan dalaman dan GKMP/ketua panitia jika
                       cuti bersalin bertindih dengan waktu peperiksaan supaya urusan peperiksaan seperti
                       kertas soalan, skema jawapan dan sebagainya dapat diuruskan.



                                                           23
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30