Page 27 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 27

ORANG LUAR BERJUMPA GURU


                   1.  Jurujual  tidak  akan dilayan  di dalam premis  sekolah,  pejabat  am,  bilik  guru  dan  bilik
                       darjah.
                   2.  Orang  luar  tidak  dibenarkan  berjumpa  guru  dan  murid  tanpa  mendapat  kebenaran
                       pengetua.
                   3.  Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang hendak berjumpa guru atau murid agar
                       mendapatkan kebenaran pengetua terlebih dahulu jika kebenaran belum diperoleh.
                   4.  Orang luar termasuk ibu bapa atau penjaga dilarang berjumpa guru atau murid semasa
                       proses pengajaran dan pembelajaran.


                        PUNGUTAN YURAN PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM / KELAS

                   1.  Semua pungutan hendaklah direkodkan dalam akaun kewangan unit.
                   2.  Guru  penasihat/unit  hendaklah  sentiasa  menyemak  dan  mengesahkan  maklumat
                       kewangan unit berkenaan.
                   3.  Wang  pungutan  daripada  ahli  unit  hendaklah  disimpan  oleh  guru  dan  tidak  boleh
                       disimpan oleh murid.

                                            PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH


                   1.  Semua guru adalah diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah dengan pakaian
                       rasmi (digalakkan berbaju kot hitam bagi pentadbir).
                   2.  Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari Isnin 6.45 pagi hingga 7.15 pagi
                       bagi sesi pagi dan jam 12.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bagi sesi petang di Dewan
                       Perdana/tapak perhimpunan sekolah mengikut keadaan cuaca pada hari berkenaan..
                   3.  Guru  bertugas  pada  minggu  tersebut  bertanggungjawab  memastikan  perhimpunan
                       berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan, mengambil kehadiran guru dan mencatat
                       laporan pada majlis perhimpunan tersebut.
                   4.  Guru  bertugas  minggu  sebelumnya  hendaklah  memberikan  laporannya  semasa
                       perhimpunan.
                   5.  Slot  disiplin  (unit  disiplin)  dan  slot  motivasi  (unit  UBK)  dan  NILAM  handaklah
                       dijalankan semasa perhimpunan secara berselang dalam tempoh lima minit sahaja.
                   6.  Perhimpunan rasmi pada hari pertama persekolahan, semua guru diwajibkan memakai
                       pakaian rasmi unit berunifom yang lengkap.


























                                                           25
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32